Rumah Persinggahan Di Renovasi Bermodalkan RM35K

60,185 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap orang daripada kita tidak mampu berpeluang untuk memilik lebih dari satu buah rumah. Namun jika ada rezeki lebih, apabila kita mempunyai tempat rumah persinggahan itu merupakan sebuah kepuasan yang sangat tidak ternilai.

Terdapat satu perkongsian yang menangkap perhatian Giler Deco ini dari Puan Nursabrina Zahari daripada Facebook. Perkongsian beliau adalah mengenai rumah persinggahan beliau daripada sebuah kediaman yang lama dan kosong seperti lama ditinggalkan.

Rumah persinggahan tersebut kelihatan sangat usang dan boleh dikatakan kondisi rumah tersebut tidak sesuai untuk didiami bagi sebuah rumah. Namun, pemiliknya nampak ini adalah peluang membuat renovasi yang menelan belanja sebanyak RM35k.

Rumah Persinggahan Kosong Di Renovasi Dengan Harga RM35K. Hasilnya Membuat Netizen Tergamam

Ulang tayang rumah 2nd kami beli di alor setar kedah. Mana yang dah tengok boleh scroll laju2 dengan kos renovation RM35k (tak masuk perabut)

GAMBAR SEBELUM RENOVASI DILAKUKAN

Ruang hadapan rumah sewaktu berpindah kerumah ini.

rumah persinggahan

Dalaman rumah pula boleh dikatakan kosong.

rumah persinggahan

Dalam salah satu bilik rumah persinggahan ini.

rumah persinggahan
rumah persinggahan

Proses renovasi yang sedang giat dilakukan. Gambaran ini adalah pada bahagian tandas dan dapur.

GAMBAR SELEPAS RENOVASI DILAKUKAN

Alhamdulillah, setelah selesainya proses renovasi ini. Bolehlah berkongsikan rumah persinggahan kami ini.

rumah persinggahan

Dalaman 3 bilik rumah berbeza ini diberikan nafas baharu. Ruang sempit tak ada masalah.

rumah persinggahan
rumah persinggahan

Tandas yang baharu. Tandas ini diasingkan kepada 3 bahagian iaitu ruang tandas, mandi dan tempat air sembahyang.

rumah persinggahan

Anda boleh lihat kan bagaimana renovasi rumah yang kosong,usang dan tidak berpenghuni dahulu sekarang sudah menjadi rumah yang moden dan cantik. Disebabkan transformasi mendadak ini, ramai netizen tergamam dengan hasil renovasi beliau ini.

Pemilik juga menyatakan bahawa nanti masa hadapan kemungkinanan akan ada lagi barang untuk ditambah namun duit masih belum mencukupi. Jika duit sudah cukup, ia akan meneruskan lagi untuk mencantikkan tempat ini lagi.

Ada banyak lagi nak tambah tapi buat masa ni cukup la macam ni dulu. Nanti ada duit lebih baru kita bagi lawa lagi.

Sumber : Nursabrina

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down