Menghias rumah kosong atau rumah baru hakikatnya lebih mudah berbanding rumah yang telah lama diduduki. Lazimnya, Jika mahu mengubahsuai sesuaitu rumah, banyak perkara yang perlu difikirkan termasuk kos dekorasi, pemilihan pereka dalaman dan konsep yang digemari.
Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah menguruskan barangan lama, sama ada perlu dibuang, dikekalkan atau diganti baru. Apa pun, semuanya boleh dilakukan jika pemilik rumah mempunyai keinginan, wang, masa dan bijak memilih pereka dalaman yang tahu dan faham konsep yang yang dimahukan.
Siapa sangka, kediaman jenis apartment tiga bilik dengan keluasan 1000 kaki persegi yang berusia 20 tahun bertukar wajah menjadi konsep rumah moden. Konsep rumah ini juga tular di laman sosial dek kerana sentuhan yang menarik dihasilkannya.
Rumah ini diubahsuai dengan menggunakan konsep moden geometri kontemporari dengan sedikit elemen Morocco. Kediaman berkenaan mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan dengan teliti dan cantik.
Jom sama-sama kita saksikan keadaan sebelum dan selepas diubahsuai.
Keadaan kawasan dapur selepas diubahsuai. Memang cantik habis!
Untuk memastikan konsep ini tidak terlalu sarat dengan hiasan, perabot yang dipilih adalah jenis moden dan mewah bermula dari ruang dapur, bilik tidur hingga ke ruang tamu.
Bagi membentuk keseragaman konsep, setiap dekorasi disuntik dengan elemen moden termasuk pengguna kertas dinding yang bermotifkan corak geometri untuk menambahkan seri ruang dan bilil tidur.
Keadaan ruang bilik sebelum proses ubahsuai dijalankan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk mendekorasikan rumah dengan gaya moden.
Kredit interior design: Muhammad Arif