Rumah Busuk Diberikan Makeover Rumah Minimalis Yang Cantik

333 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Rumah lama, terbiar dan yang paling teruk sekali berbau busuk ini memang akan membuatkan jiran sekeliling tidak tenang. Cara yang paling efektif adalah dengan melakukan renvovasi dan juga makeover rumah ini agar kembali cantik macam dahulu.

Sebuah owner bernama Hidayah Nursuki ini berkongsikan bagaimana rumah yang terbiar dan busuk ini telah bertukar wajah kepada makeover rumah minimalis ini. Melihat kepada rekabentuk rumah ini memang patut diberikan tema minimalis.

Perkongsian tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah grup facebook bernama "Kami suka deko deko". Hasil yang dikongsikan tersebut telah mendapat pujian daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok bagaimana rumah ini diberikan makeover rumah minimalis yang cantik.

Rumah Busuk & Terbiar Diberikan Makeover Rumah Minimalis Yang Cantik

Assalamualaikum semua..Semangat lain macam nak deko bila rumah dah siap macam ni kan? Rumah minimalis macam ni sesuai kalau dalamam tu kita deko minimalis juga. Comel je luar dalam. Bak kata orang Perak, ‘less is more’.

Sebelum nak deko, saya nak share sedikit gambar sebelum dan selepas reno. Rumah ni memang ditinggalkan oleh owner agak lama. Jadi kita panggil ni ‘rumah busuk’ lepas tu kita wangikan bagi sedap mata memandang

Rumah Busuk Dan Yang Terbiar Begitu Sahaja Sebelum Makeover

Inilah rumah asal. Rumah nampak rendah sebab awning macam ni.

Makeover Rumah Minimalis

Kawasan parking. Retak dah simen.

Ruang tamu. Tak ada yg rosak kat sini. Tiles je kotor. Siling pun masih okay.

Part yang paling banyak habis duit kat sini. Asalnya memang takde siling kat sini. Lepas tu owner lama letak siling untuk tutup ruang ni. Tapi bila dah ditinggalkan, rosak dan jadi macam ni.

Makeover Rumah Minimalis

Berkulat dinding masa ni fikir, kenapa ada tingkap sebelum nak ke dapur. Tak faham sis.

Open air. Bukan rumah sekarang je ada open air dalam rumah. Design dulu pun ada. Tapi dulu2 tak kreatif deko mcm sekarang.

Comel je table top tu kan. Rendah tu ketinggian 2 kaki je. Mungkin lepas penat memasak boleh la duduk sekejap.

Tadaaaa. Selepas renovasi sepenuhnya. Depan ni kita guna pagar wire mesh. Cat putih untuk naikkan seri. Awning asal kita bukak.

Makeover Rumah Minimalis

Tempat parkir kita buat macam ni. Entahlah. Suka tengok macam ni.

Makeover Rumah Minimalis

Dari sisi tepi.

Naikkan simen sikit untuk letak pokok comel2 macam ni. Pokok ape eh haritu kite beli. Lupa dah tapi mmg senang jaga pokok ni. Nnt dah ingat kita share sini.

Makeover Rumah Minimalis

Yang pokok pisang kite tebang, tanah pun kita tutup, kita simenkan. Tepi ni kalau buat mini garden, letak meja kopi sambil membawang dengan suami. Layann.

View dari luar depan rumah. Nampak luas berbanding sebelum ni.

Makeover Rumah Minimalis

Okah jom masuk dalam. Ruang tamu kita polish lantai marble ni. Sayang. Marble ni sejuk. Suka. Pintu dan tingkap kita tukar. Guna bingkai hitam untuk tingkap bagi nampak eksklusif.

Makeover Rumah Minimalis

Gunalah kipas hitam baru lawa.

Haaa ni ruang makan. Yang berkulat yang terbukak tadi semua dah repair. Lapanggg.

Makeover Rumah Minimalis

Bilik air tukar. Asalnya ada dua bilik air. Satu tandas satu bilik air.

Pasang lah nanti transparent roof top kat sini. Siapa pernah buat meh la share.

Taktahu lagi port ni untuk apa tapi boleh la biat letak barang2 takpun tempat tanam serai, kunyit, daun limau purut.

Makeover Rumah Minimalis

Ni lagi satu port best. Sidai kain tak payah kat depan. Segan laa bila orang datang nampak segala bentuk pakaian kan.

Belakang pun niceee.

Yang tandas kita jadi tempat laundry. Letak mesin basuh. Letak la dryer sekali nanti.

Makeover Rumah Minimalis

Bilik air dengan tandas.

Haaa mana table top 2 kaki tadi? Hehe. Dah buat baru. Simple je. Nnt kalau nak buat kabinet, pilihlah warna cerah. Dah shiappp pastu boleh ootd dekat dapur.

Makeover Rumah Minimalis

Kredit : Hidayah Nursuki

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down