Semua pemilik rumah menginginkan suasana kediaman yang cantik dan kelihatan mewah. Untuk menghasilkan dekorasi rumah, ia tidak semestinya perlu dilakukan pada bahagian ruang tamu sahaja. Pada bahagian dapur perlu di deco supaya ianya kelihatan sentiasa ceria.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh seorang suri rumah yang bernama Che Noor Asiah Hassan. Beliau telah berjaya menghasilkan renovasi dapur rumah dengan konsep ala "English style minimalis".
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deco dapur yang cukup menarik ini.
Assalamualaikum semua.
Dah dekat 3 minggu rumah siap renovate. Buat dapur baru dan tambahkan bahagian depan kasi luas sikit.
Hari ini baru berpeluang nak kongsi dekat sini gambar-gambar sebelum masuk rumah.
Bahagian dapur saya buat sliding door. Berangan sambil kupas bawang dan masak-masak tu boleh la menikmati view tasik bahagian belakang.
Rupa rumah ini dari bahagian luar.
Pandangan pada waktu malam.
Bahagian pintu masuk rumah.
Bahagian dalaman ruang dapur rumah ini selepas diubahsuai.
Bahagian ruang tamu rumah. Ketika ini masih kosong lagi.
Ini pula adalah bahagian sinki dapur rumah ini.
Tempat cuci tangan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat semua pembaca dalam cuba untuk menghasilkan ubahsuai rumah sendiri.
Semoga bermanfaat.