RM 5OK? Mahalnya. Renovate apa sampai RM 50,000? Sabar ya. Meh sini nak explain. RM 50,000 adalah total renovasi, perabot serta accessories yang digunakan untuk dekorasi rumah. Tapi kalau diikutkan modal yang dikeluarkan memang berbaloi dengan hasil yang diperoleh.
Rumah ni nak duduk lama. Jadi memang patut didekorasi mengikut citarasa sendiri. Lagipun ada ke orang yang suka renovate rumah setiap tahun? Disebabkan itu, kebiasaanya projek renovasi dilakukan kaw kaw sampai puas hati.
Apa je renovasi serta barang yang dibeli sehingga mencecah harga RM 50,000? Jom ikuti pekongsian dari asmidaazanan yang telah renovate rumah flat beliau kepada rumah mewah yang eksklusif.
Memang bersyukur sangat dapat rumah yang tak banyak kerosakan. Boleh focus untuk deko je.
Terpaksa pecahkan bahagian ni supaya rumah nampak lebih luas.
Ini merupakan bahagian dapur. Ruangan yang terhad tapi masih tetap boleh dideko dengan cantik.
Hampir siap! Tinggal nak touch up bagi lagi wow je.
Wah! Memang nampak mewah sangat dekorasi rumah flat berkeluasan 650sqft ni. Walaupun rumah flat, tapi tak semestinya tak boleh deko semewah ni tau.
Ni la ruang dapur tadi. Walapun ruangnya agak terhad tapi dengan adanya kabinet dapur, barang-barang dapat disusun dengan lebih kemas dan praktikal.
Sekian sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai renovate rumah flat berkeluasan 650sqft yang memakan modal sebanyak RM 50K. Semoga perkongsian ini dapat menjadi inspirasi kepada anda semua.
Sumber : @asmidaazanan (Tik Tok)