Ruang Laundry Rumah Dihiasi Dengan Kabinet IKEA Metod

13,741 views

Memiliki ruang laundry di rumah ataupun tempat mencuci yang khas ini perlulah kita hiasinya dengan cantik dan dijaga dengan bersih. Kalau dibiarkan begitu, pasti kita telah sia-sia kan tempat yang sangat penting didalam rumah kita.

Tidak pada Amirul Zaidi ini kerana beliau sememang-memangnya ingin membuat ruang laundry rumah beliau dihiasi dengan kabinet IKEA Metod agar nampak cantik. Beliau siap membuat satu design bagaimana untuk hiasi ruangan tersebut.

Kepada anda yang ingin melihat bagiamana rupa hasil ruang laundry rumah milik Amirul Zaidi ini, jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Lelaki Lakukan Makeover Ruang Laundry Rumah Dihiasi Dengan Kabinet IKEA Metod

Saya nak share ruang laundry rumah saya yang menggunakan kabinet Metod. Saya guna Metod sebab dah familiar dengan cara pemasangan masa buat dapur rumah dulu.

Setakat ni memang puas hati dengan kabinet ni. Projek laundry ni dibuat dalam hujung tahun 2018.

Gambar-gambar di bawah saya ringkaskan proses projek ni.

Mencari IDEA Menghiasi Ruangan Laundry Dengan Kabinet

Ni ruang asal BEFORE. Sebelum ni pakai topload dah lama dah. Jemur dekat ampaian tu lepas basuh. Lepastu bertukar angin ke frontload dan beli dryer juga.

Ruang Laundry Rumah

Design sendiri kabinet guna planner Metod Ikea. Boleh ikut budget masing-masing. Lepas tu bawa pergi consult staff Ikea. Kena tunjuk sebab staff lagi arif dengan design dan kesesuaian produk.

Ni finalised design selepas consultation.

Ruang Laundry Rumah

Proses Menghiasi Ruangan Laundry Dengan Kabinet

Bila design dah finalised, dah boleh mula hack dinding, tarik wiring dengan paip air. Proses ni lama jugak nak siap sebab saya buat sendiri.

Ni dah start pasang frame. Test air dekat sinki lagi sekali.

Ni dah half way siap. Setelah semua piping dan wiring berfungsi dengan baik baru naikkan mesin.

Ruang Laundry Rumah

Ni gambar sekarang. Sinki ni nampak kecil dalam gambar. Depan2 besar. Boleh buat rendam baju juga.

Ni pula ruang bertentangan mesin basuh. Ironing buat dekat sini terus lepas baju kering.

Ni gambar AFTER. Belum habis deko lagi. Ingat nak letak frame 'laundry guide' dekat atas countertop mesin tu nanti.

Ruang Laundry Rumah

Hasil Akhir Hiasi Ruang Laundry Area Yang Cantik

Selesai sudah tambah shiplap dan deko-deko. Tak jadi nak letak frame ‘laundry guide’. Letak gambar pantai jer.

Ruang Laundry Rumah

Sumber : Amirul Zaidi

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Ogos 3, 2021
Dikemaskini pada
Mei 14, 2022

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Artikel Terbaru

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down