Ubahsuai Bilik Kosong Jadikan Bilik Bermain Anak Kecil

5,281 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap anak sudah pasti akan gembira apabila ibu bapanya menyediakan satu bilik khas untuk mereka bermain dan mengulangkaji pelajaran.

Perkara tersebut telah dihasilkan oleh wanita ini yang bernama Nurul Amira. Selain dari menjadi seorang ibu, beliau juga boleh dikatakan seorang insan yang serba boleh kerana telah berjaya menghasilkan ubahsuai bilik kosong kepada bilik bermain kanak-kanaknya.

Jadi, jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana bilik ini diubahsuai, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Ubahsuai Bilik Kosong Kepada Bilik Bermain Anak Kecil

Assalamualaikum.

Perkongsian idea ubahsuai bilik lama kepada bilik bermain anak kecil "IKEA playroom" yang kami buat dalam tempoh 2 - 3 minggu termasuk buat flooring.

Cadang nak buat built in cabinet tetapi disebabkan hal-hala tertentu, terus order melalui IKEA website sebab tengah offer delivery RM49 sahaja.

Senarai Barangan Yang Digunakan:

  • IKEA Billy.
  • IKEA Kallax.
  • IKEA Trofast.
  • IKEA Flisat Table.
  • IKEA Flisat Dollhouse.
  • IKEA Sunnersta Hook (tempat letak pencil dekat ruang membaca).
  • Wooden Nameplate & Growth Chart - IG Podo Craft.
  • Gambar saiz 18 x 28 inci - IG : Canvas Lona.
  • Wooden Alphabet - Shopee.
  • Explore & Read Word - IG : Enchantedpinkdotcom.

Keadaan ruang bilik sebelum di makeover sehingga sakit pinggang. Katanya.

Bilik Bermain Anak Kecil

Blackboard ini jenis sticker. Boleh potong ikut saiz dan bentuk bergantung kepada citarasa masing-masing.

Bilik Bermain Anak Kecil

Inilah hasil ubahsuai bilik khas untuk anaknya bermain.

Perabot utama menggunakan 2 set IKEA Billy dan 3 set Kallax.

Bilik Bermain Anak Kecil

Pada ruangan ini, beliau deco dengan menggunakan IKEA Trofast dan IKEA Flisat Doll House.

Bilik Bermain Anak Kecil

Mainan disusun dengan cukup rapi di dalam kabinet rak.

Bilik Bermain Anak Kecil
Bilik Bermain Anak Kecil

Siap ada tempat mengukur ketinggian lagi.

Bilik Bermain Anak Kecil

Bahagian atas meja tersusun dengan kemas.

Bilik Bermain Anak Kecil
Bilik Bermain Anak Kecil

Bahagian tempat simpan stationary. Color pencil, flashcards, toys kecil-kecil, magnetic tiles dan ball run.

Bilik Bermain Anak Kecil
Bilik Bermain Anak Kecil

Bahagian ruang membaca.

Bilik Bermain Anak Kecil

Tempat PDPR sekiranya perlu.

Bilik Bermain Anak Kecil

Sangat menarik ubahsuai bilik yang dilakukan khas buat anak-anaknya pada kali ini. Semoga dapat memberi idea kepada semua pembaca yang memasang niat untuk mencipta playroom seperti ini.

Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down