Mempunyai ruang pejabat sudah semestinya merupakan ruang untuk kita membuat kerja dan sebagainya. Namun, jika ruang pejabat tersebut kosong dan sudah tidak digunakan lagi, lebih elok ubahnya menjadi ruang untuk menyambut tetamu yang bertandang ke rumah kita.
Lelaki yang bernama Kunije Tnije ini mendapat idea untuk melakukan sesuatu terhadap ruang pejabat kosong itu. Beliau mengubahnya menjadi bilik khas untuk tetamu. Beliau kongsikan sedikit proses transformasi yang dilakukan.
Menurut beliau lagi, terdapat satu kotak eletrik pada dinding yang mengganggu proses dekorasinya. Jadi, beliau selesaikannya dengan memasang blind dihadapannya untuk sorokkan pandangan kotak eletrik daripada tetamu yang bertandang ke ruangan tersebut.
Sedikit sebanyak perkongsian daripada saya mengenai ruang pejabat yang ditransformasikan mejadi sebuah ruang tetamu khas yang bertandang ke rumah.
Nak hidangkan makan atau minum tetamu, semuanya disini. Yang menjadi halangan dekorasi ini adalah kotak eletrik. Tapi, pasang blind sahaja dah settle selesaikan masalah kotak eletrik tersebut.
Ruangan Pejabat Yang Kosong
Ini lah dia rupa asal pejabat saya. Dah kosong dah dan ingin ubahsuai tempat ini menjadi tempat khas ruang tetamu.
Proses Transformasi Pejabat Kosong Kepada Ruang Tetamu
Beberapa transformasi ruang ini telah dijalankan.
Hasil Transformasi Ruang Tetamu Yang Dilakukan
Inilah dia hasil transformasi dan juga dekorasi pada bahagian ruang tetamu ini. Gambar dibawah merupakan tempat untuk tetamu berehat dan juga bersantai pada meja yang disediakan.
Ini pula ruang yang saya katakan kotak eletrik menggangu permandangan ini namun ia telah disorokkan menggunakan blind khas agar tidak nampak.
Sumber : Kunije Tnije