Rumah yang tidak dijaga dan setelah lama ditinggalkan sudah pasti akan menjadi kusam dan kelihatan agak uzur. Namun, disebabkan ruangnya sangat luas dan menarik, ianya telah membuka hati lelaki ini yang bernama Radin Azam untuk membelinya.
Selepas membeli rumah itu, beliau terus melakukan ubahsuai dan menjadikan rumah itu sebagai rumah tumpangan (homestay) buat pelancong yang datang bercuti.
Jadi, jom kita lihat ubahsuai menarik yang dilakukan oleh pemilik baru rumah ini.
Tahun lepas masa saya dan isteri ternampak iklan rumah berhampiran rumah kami. Rumah berusia 20 tahun kami beli dan ubahsuai menjadi Homestay Kuala Terengganu By Radazos.
Di sini saya kongsi gambar sebelum dan selepas proses renovasi.
Ruang porch semasa rumah ini baru dibeli.
Inilah rumah bahagian porch tadi selepas berjaya diubahsuai dengan jayanya.
Bahagian back yard sebelum diubahsuai.
Bahagian back yard ini selepas diubahsuai.
Ruang tamu sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas diubahsuai.
Laluan ke bilik selepas diubahsuai.
Bilik air sebelum diubahsuai.
Bilik air selepas diubahsuai.
Bilik tidur utama sebelum diubahsuai.
Bilik tidur selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai projek ubahsuai rumah lama jadikan homestay pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca yang ada memasang NIAT untuk menukar rumah lama.
Selamat mendeco.