Rumah Teres Kecil Dihiasi Deko Inspirasi Design Kondo

9,916 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak sukakan dekorasi-dekorasi rumah yang cantik ini. Sesebuah dekorasi cantik ini mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Kalau deko yang cantik bermakna anda merupakan seorang yang selalu menjaga diri anda agar sentiasa kemas.

Itulah dia ibarat macam dekorasi sebuah rumah teres kecil milik Amiera Abdullah ini yang dilakukan. Dari rumah teres yang kelihatan biasa sahaja terus nampak glamm dan cantik. Menurut daripada beliau ini, inspirasi untuk melakukan makeover deko rumah ni adalah disebabkan melihat deko design kondo yang cantik.

Sebab apa design kondo menarik perhatian Amiera Abdullah ini? Jom kita lihat hasil deko yang dilakukan ini untuk mengetahuinya.

Rumah Teres Kecil Ini Diberikan Dekorasi Yang Cantik Inspirasi Dari Design Kondo

Rumah kecik tak smestinya tak boleh deko. Teres setingkat 3 room 2 bathroom. Inspirasi design condo terus nmpak dapur. Homestay tapi terdeko lebih sebab minat deko lepas tu mula la sayang nk buat homestay. Selamat berhujung minggu

Dari Rumah Teres Biasa Menjadi Rumah Teres Yang Cantik

Masa ni proses memecahkan segala batu bata sedang dilakukan untuk mengikut citarasa yang diinginkan.

Rumah Teres Kecil

Proses memecahkan dinding yang bahagikan ruang tamu dan juga ruang dapur.

Rumah Teres Kecil

Inilah dia hasilnya. Dekorasi sebuah rumah teres kecil yang bertemakan konsep design kondo. Gambar dibawah ini merupakan bahagian ruang tamu.

Rumah Teres Kecil

Ruang ni sahaja tambah quotes agar nampak tidak kosong sangat.

Rumah Teres Kecil

Ruang makan ini bertemakan warna putih dilengkapi dengan lampu chandelier yang mencantikkan lagi suasana.

Rumah Teres Kecil

Design kondo kalau dilihat pada bahagian dapur adalah open kitchen macam tu. Maknanya masuk rumah tu dah nampak terus dapur dalam tu. Situlaaa jadikan inspirasi untuk lakukan deko sebegini.

Rumah Teres Kecil

Bilik tidur pun simple sahaja dengan kurang penggunaan perabot. Barulaaa menepati citarasa minimalis gitu.

Sumber : Amiera Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down