Rumah Kayu Reput Diberikan "Glow Up" Menjadi Mahligai Cantik

3,916 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Min tengok dah banyak sangat rumah kayu yang berada di kawasan kampung atau pinggir bandar ini berada dalam keadaan yang terbiar dan reput. Jika setiap rumah kampung dalam keadaan sebegitu dapat di berikan glow up sudah pastinya akan nampak lebih cantik berseri-seri.

Tengok perkongsian yang dikongsikan oleh Fauziah MD Saad Gee ini. Beliau yang sebelum ini duduk dirumah kampung yang reput dan terbiar telah pun menduduki didalam sebuah rumah ataupun mahligai yang baharu. Mahligai tersebut merupakan rumah kampung beliau yang dahulu diberikan ubahsuai dan sentuhan yang cantik.

Ubahsuai keseluruhan rumah kampung ini dilakukan oleh suami tersayang. Fauziah percaya denga rezeki dan kini tidak lagi duduk didalam rumah kampung yang reput mahal malah dapat duduki didalam sebuah mahligai yang cantik seperti diimpikan olehnya.

Rumah Kayu Reput Yang Terbiar Diberikan "Glow Up" Menjadi Sebuah Kediaman Mahligai Yang Cantik

Umah kg je asalnya bole diduduki. Tunggu masa menyembah bumi. Alhamdulilah dengan rezeki yang ada. Bina la kmbali dengan sentuhan kudrat dari encik suami juga. Kita tukang redha2 kan. Alhamdulilah

Dari Rumah Kayu Reput Kepada Sebuah Mahligai Cantik

Keadaan rumah kayu milik fauziah di kampung dalam keadaan yang agak daif dan banyak kayu yang reput.

Disebabkan si suami nak buat makever secara besar-besaran makan projek bermula.

Pertama adalah tambah partition bahagian hadapan rumah.

Rumah Kayu Reput

Sisa-sisa kayu yang dah reput dibuang dan dibakar.

Rumah Kayu Reput

Sambung balik buat awning pula walaupun hari dah malam.

Gaul simen untuk membuat lantai.

Rumah Kayu Reput

Dah nampak dah rupa mahligai yang baharu ini. Nak tambahkan sedikit touchup agar nampak lebih cantik.

Rumah Kayu Reput

Akhirnya dah siap juga rumah kami yang baharu ini. Tak sempat nak ambil semua proses semasa buat ni tapi inilah hasil keseluruhan mahlihgai baharu kami.

Rumah Kayu Reput

Ruang TV untuk kami sekeluarga menonton rancangan kegemaran kami.

Bahagian ruang makan dan juga ruang tv ini dibahagikan kepada partition agar nampak ada ruang yang berbeza.

Rumah Kayu Reput
Rumah Kayu Reput

Kredit : Fauziah MD Saad Gee

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down