Renovasi Rumah Kayu Lama Untuk Dijadikan Sebagai Homestay

78 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Renovasi rumah kayu yang lama dan buruk sememangnya mencabar dan perlu diteliti terlebih dahulu jika nak elakkan

sebarang benda lain. Kadang rumah kayu ni risiko kayu rapuh, bumbung bocor dan banyak lagi. Cat yang lama juga kalau pudar kena cat yang baharu.

Seperti yang dikongsikan oleh Wan Nurulhusaini ini, beliau sememangnya nak renovate rumah kayu untuk dijadikan sebagai homestay. Jika tidak ada pelanggan juga boleh dijadikan sebagai rumah singgahan. Jom tengok hasil sebelum dan selepas renovasi rumah ini.

Renovasi Rumah Kayu Lama & Buruk Agar Nampak Cantik Untuk Dijadikan Sebagai Homestay

Assalamualaikum. Selamat Berhujung Minggu. Kami decided untuk beli tanah + rumah nie pada tahun lepas. Bila pkir2 balik nak balik duduk kampung macam lambat lagi. Tapi takkan nak biarkan rumah tersadai mcam ni kan. Sbelum ni memang ada penyewa yang tinggal disini.

Tapi bila kami amik alih kami rasa macam nak uruskan sendiri. Sekurang- kurangnya klau kami balik boleh tumpang merasa dduk umah sendiri walaupun tak mewah atau sebesar mana pun. Alhamdulillah kami bersyukur. Buat masa ni kami jadikan Homestay. At least balik jrg2 boleh tumpang dduk sini.

Rupa Keadaan Rumah Kayu Lama Ini Sebelum Renovasi Dilakukan

Keaadan rumah kayu yang sebelum ini. Masa ni jenguk-jenguk dulu tengok apa yang nak baiki dan nak ubah.

Renovasi Rumah Kayu

Warna pun dah lusuh dan banyak tompok-tompok hitam putih.

Renovasi Rumah Kayu

Hasil Akhir Rumah Kayu Selepas Renovasi Ini Dilakukan

Alhamdulillah inilah dia hasil renovasi rumah kayu setelah siap dan selesai semua kerja. Dari warna kayu biasa kepada warna putih dan turquoise.

Hadapan rumah ni memang letak tempat bbq. Kalau sape-sape stay kat homestay boleh buat bbq.

Bahagian ruang tv homestay ini. Ruang sempit jadi kurangkan ada perabot nak bagi nampak luas.

Bahagian dapur yang simple tanpa ada rak kabinet. Cukup sahaja ruang sinki.

Untuk homestay ini ada 3 bilik berasingan. Boleh tidur ramai-ramai khas terutamanya family yang ramai anak.

Kredit : Wan Nurulhusaini Wan Idris

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down