Tinggal di rumah sewa bujang sudah pasti kita dapat membayangkan bagaimana keadaan rumah sewa tersebut apabila dihuni oleh si bujang.
Namun, apabila si bujang sudah berkahwin, keadaan rumah akan bertukar rupa kepada gaya orang yang sudah berkahwin pula. Itulah yang tunjukkan oleh wanita ini yang bernama Bella Rosely.
Walaupun tidak begitu mewah, pasangan in cukup selesa tinggal di teratak kecil mereka. Perjalanan gambar dibawah ini membawa kisah dari sebelum mereka kahwin.
Setelah baru berkahwin, mereka belum mampu untuk beli perabot. Kemudian, selepas setahun berkahwin, beliau dan pasangan baru dapat mengumpul sedikit demi sedikit perabot dalaman rumah. Rumah sewa ini memiliki 3 bilik, bilik 3 pada mulanya dijadikan stor dan sekarang sudah menjadi ruang tamu buat mereka berdua. Jom kita lihat keadaan sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai.
Salam semua.
Saya saja nak kongsi perjalanan kisah rumah kami. Gambar sebelum (rumah sewa masa suami bujang) dan gambar selepas (rumah sewa lepas kami kahwin).
Terima kasih kepada encik suami sebab sudi dan sabar dalam memberi keselesaan pada isterinya.
Perkara pertama yang dilakukan selepas masuk di rumah sewa ini adalah dengan mencabut langsir itu.
Keadaan ruang bilik tidur utama pada awal perkahwinan.
Deco pada bilik tidur utama setelah setahun berkahwin.
Bahagian almari kabinet dan tempat meja solek dalam bilik utama.
Bahagian ruang simpan baju.
Bahagian bilik tidur lain dan bilik store.
Rupa bilik stor ketika baru berkahwin.
Bilik stor selepas setahun berkahwin.
Bahagian ruang tamu rumah ini.
Bahagian ruang tamu selepas berkahwin.
Deco ruang tamu dihasilkan selepas setahun berkahwin.
Bahagian ruang dapur sebelum berkahwin.
Rupa ruang dapur ini setelah setahun berkahwin.
Barangan dapur disusun cantik dan kemas.
Rak tempat menyusun barangan elektronik dapur.
Kabinet tempat letak kasut.
Pandangan dari bahagian luar rumah.
Bahagian balkoni rumah.
Bahagian dapur dan ruang laundry.
Untuk bahagian dapur pula langsir ditukarkan kepada bidai.
Keadaan ruang makan setelah diubahsuai.
Menarik dekorasi rumah sewa yang dihasilkan oleh pasangan ini. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.