Renovasi Rumah Pertama Yang Cantik Ikut Design Suka Sama Suka

1,770 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap pasangan yang baru sahaja berkahwin ini sudah pastinya ada memasang impian untuk memiliki rumah pertama milik diri sendiri kan? Untuk mereka yang baru sahaja memiliki rumah sendiri tu merupakan rezeki untuk mereka.

Kepada yang dapat membeli rumah sendiri tu mungkin ada kisah tersendiri. Ada yang membeli rumah dah siap bina namun ada juga beli rumah sendiri harga murah dalam keadaan tidak beberapa baik. Namun, rumah tersebut boleh dilakukan renovasi dan dekorasi agar kelihatan lebih cantik.

Macam yang dikongsikan oleh Suzyana Suhaimi ini, beliau dan suami kongsikan hasil renovasi rumah pertama mereka yang cantik diikuti dekorasi suka masa suka.

Wanita Kongsikan Hasil Renovasi Rumah Pertama Yang Cantik Ikut Design Suka Sama Suka

Assalamualaikumm. Pertama kali nak share di sini. Rumah pertama saya dan suami.

Beli hujung tahun lepas. Dapat duduk seminggu sebelum nak raya. Makan masa lama renovated rumah nie sebab banyak yang perlu di baiki.

Semua design atas suka sama suka dan pendapat saya dan suami. Banyak lagi yang perlu dideko. Tapi cukup la takat nie dulu. Sebab rasa selesa dgn keadaan mcm nie.

Sebelum Dan Selepas Rumah Ini Dilakukan Renovasi Menyeluruh

Bahagian ruang tamu dan juga ruang tv.

Masa ni terfikir nak buat bahagian ruang makan area ni.

Tengok bahagian dapur nasib okay lagi.

Yang ni cuma nak polish kasi bagi nampak putih bersih jer ni.

Dekorasi Rumah Pertama Yang Cantik Selepas Renovasi

Alhamdulillah, selepas kerja-kerja renovasi dilakukan. Inilah dia hasil dekorasi rumah kami ini.

Ruang untuk tengok tv bersama keluarga.

Dapur kekal yang mana ada cuma upgrade jer agar nampak lebih wow.

Ingat toilet luar tadi? Inilah dia hasilnya selepas segala penat lelah semua.

Kredit : Suzyana Suhaimi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down