Transformasi Rumah Teres Usang Menyeramkan Kepada Gaya Kolam Villa Mewah

26,488 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memang ramai yang tidak menyangka bahawa rumah teres usang yang menyeramkan ini boleh bertukar menjadi villa mewah yang cantik dan menarik. Mana tidaknya, rumah yang dibelinya itu dahulunya merupakan rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.

Menurutnya, dari pandangan orang ramai mungkin rumah ini nampak seperti tiada nilai. Namun tidak baginya, beliau berkata, ketika pertama kali melihat rumah teres setingkat ini sudah terbayang apa yang ingin diubah olehnya.

Disebabkan keinginannya itu, beliau berjaya mengubahsuai rumah tersebut menjadi kediaman yang menarik. Jadi, jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.

Transformasi Rumah Teres Usang Kepada Villa Mewah

Saya beli rumah tersebut daripada ejen selepas pemiliknya tidak lagi tinggal di situ dan akhirnya terbiar.

Untuk mengubahsuai rumah usang seperti ini agak rumit daripada membina sebuah rumah baru.

Namun, disebabkan keinginannya mahu menukarkan rumah usang tersebut kepada teratak syurga buat keluarganya, beliau tanpa menoleh ke belakang terus mengubahsuai rumah usang tersebut.

Transformasi Rumah Teres Usang
Ini adalah hasil daripada pengubahsuaian rumah itu. Di halaman rumah ini mempunyai kolam renang.

Apa yang lebih menarik adalah kolam renang yang dibina itu betul-betul berada di hadapan bilik utama.

Faktor utama beliau tertarik untuk membeli rumah ini adalah dari segi keluasan. Hal ini kerana, beliau ingin membina kolam renang di hadapan rumahnya itu.

Transformasi Rumah Teres Usang
deco rumah
deco rumah
deco rumah

Keadaan ruang makan sebelum dan selepas.

deco rumah

Gambar penuh bilik utama yang menghadap kolam renang itu. Apa yang membuatkan rumah ini kelihatan lebih unik adalah tub mandi yang bersebelahan dengan katil bilik utama begitu cantik.

Kos yang dikeluarkan untuk mengubahsuai rumah seperti ini adalah lebih kurang dalam RM115k.

deco rumah

Sangat menarik hasil ubahsuai yang dilakukan. Rasanya setakat itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam cuba untuk mengubahsuai rumah lama.

Kredit: Nur Natasha Abdullah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down