Sebelum & Selepas Dekorasi Bajet Rumah Sewa Yang Cantik

10,467 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ruang tamu merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita lepak dan bersantai bersama keluarga. Bukan itu sahaja, ia juga berfungsi sebagai tempat untuk menyambut dan melayan tetamu yang datang ke rumah anda.

Tak kisahlah rumah sewa atau rumah sendiri, bahagian ruang tamu wajib dihias dengan secantik yang mungkin. Seperti yang dilakukan oleh Suja Nosa terhadap ruang tamu ini, beliau telah lakukan dekorasi bajet di rumah sewa beliau.

Hasil sebelum dan selepas yang dilakukan ini sangatlah menarik minat Giler Deco ini. Jadi, kami akan kongsikan hasil dekorasi bajet rumah sewa yang dilakukan di rumah sewa beliau ini.

Hasil Sebelum & Selepas Dekorasi Bajet Ruang Tamu Rumah Sewa Yang Cantik

Nak kongsikan sebuah dekorasi bajet rumah sewa saya ini. Hasil sebelum dekorasi dilakukan dan juga hasil akhir dekorasi yang dilakukan ini.

Amacam dengan deko rumah sewa ini? Cantik tak? Kebanyakkan banyak barang dibeli dari kedai ECO jer. Memang jimat untuk orang macam saya ini.

Hasil Sebelum & Selepas Deko Rumah Sewa Yang Dilakukan Ini

Inilah dia rupa dalaman ruang tamu rumah sewa yang asal sebelum berlakunya hasil dekorasi ini. Biasalah rumah sewa pada awal-awal masuk, kan?

Dekorasi Bajet Rumah Sewa

Ini lah dia hasil selepas dekorasi rumah ini dilakukan. Kesemuanya menggunakan barang-barang yang bajet sahaja mengikut kemampuan kami.

Dekorasi Bajet Rumah Sewa

Ini pula adalah bahagian ruang tamu kami.

Ini pula adalah rak ikea lerberg kami. Kami beli pula rumput karpet ini di kedai ECO. Sangat murah. Dalam shopee pun banyak jer yang jual.

Dekorasi Bajet Rumah Sewa
Dekorasi Bajet Rumah Sewa

Daripada ruang tamu yang biasa-biasa terus bertukar menjadi ruang tamu yang sangat mewah. Walaupun rumah sewa, anda boleh je hias dan makeover supaya kelihatan lebih cantik dan selesa.

Sumber : Suja Nosa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down