Inginkan sebuah meja buffet yang panjang, cantik dan menarik namun bajet tak ada nak beli? Boleh lakukan sebuah projek DIY credenza ini untuk. Projek ini mampu menyelesaikan untuk anda semua yang menginginkan sebuah meja buffet dan juga media kabinet yang cantik untuk diletakkan dirumah anda semua.
Projek diy yang dilakukan oleh Siti Nor Mohamed ini boleh dijadikan inspirasi untuk mereka yang ingin melakukan DIY credenza ini. Bahan-bahan mudah sahaja untuk didapati. Projek ini dikongsikan didalam grup facebook Tukang Apa Hari Ini.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi yang positif daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok bagaimana diy dilakukan.
DIY CREDENZA ATAU SIDEBOARD - BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BUFFET TABLE ATAU MEDIA CABINET.
Assalamualaikum. Kali ni Mokcik buat Credenza ni plok bagi menghabiskan sekeping lagi plywood lebih dr projek rak buku ritu. Credenza ni Mokcik nak buh TV atas tu memandangkan rak tv tu rendoh sangat. Sokmo bunga atas meja kopi Mokcik tu kena alih sebab melindung tv.
Dalam tu Mokcik buh buku2 lagi. Banyok btol buku yakk. Sebab tu Mokcik buh pintu penuh gitu. Kalau bersepoh dalam tu, org tak nampok .Mokcik tak buh kaki utk Credenza ni, satu maleh nak beli kaki, satu lagi sebab taknak ada mende2 masuk bawoh tu. Payoh nok sapu.
Video dah up kat channel Mokcik - https://youtu.be/0Duda0-N86s
Langkah-Langkah Dalam Melakukan Projek DIY Credenza Ini
Ini merupakan kayu plywood lebihan sewaktu melakukan projek rak buku haritu.
Dah siap potong apa semua kasi sanding dulu agar nampak lebih smooth.
Tebuk lubang hanya pada bottom panel dan top support je. So bila dah siap, orang tak nampak lubang tu.
Hasil setelah ditebuk lubang pocket holes. Yang banyak lubang tu toe kick
Macam ni la rupa dia bila dah siap pasang rangka. Top dan pintu belum pasang lagi.
Dua jenis hinges digunakan. Satu full overlay, satu lagi half overlay. Full untuk pintu kiri kanan. Half untuk dua pintu tengah tu.
Kita letak para atas dowels je. Tebuk lubang, letak gam dan buh dowels.
Tak sah kalau dia ni tak merasmi dulu.
Setelah diletakkan di tempatnya.
Gigih Mokcik beli cat sampai berapa tin sebab nak cari kaler yang sama dengan kerusi dan meja makan. Akhirnya jumpa jugak. Sanding balik dan cat 3 coat kaler ni. Mujur cat ni jenis cepat kering dan mudah nak sapu. Dah boleh tido lena.
Tukang buat wajib posing dengan hasil yang dilakukan.
Macam kabinet dapur tapi dia ni rendah je.
Amik gambar dari bawah baru nampak tinggi.
Kredit : Siti Nor Mohamed