Mempunyai rumah disertakan dengan keliling rumah yang cantik merupakan impian untuk rakyat Malaysia. Siapa yang suka kalau sekeliling rumahnya tersebut sangat kotor, tidak teratur dan tidak terurus?
Anda boleh hasilkan sebuah ruang landskap mini yang cantik pada bahagian rumah anda macam dilakukan oleh Ayu Ariana ini. Beliau telah kongsikan bagaimana beliau dan suaminya melakukan landskap mini yang cantik pada ruang bahagian rumah mereka. Hasilnya sangat cantik dan mampu memberikan inspirasi untuk anda semua.
Sharing hasil idea kami husband & wife untuk mini landskap. Dari kosong sampai la nampak segak, semua husband saya buat sendiri.
Nursery tutup, so nanti kita g beli pokok rumput mutiara 130 keping saiz 2 x 1. Paver blocks 300 bijik
Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Lakukan Ruang Landskap Mini
Proses Dalam Melakukan Landskap Mini Bahagian Tepi Rumah
Bahagian tepi rumah yang di cadangkan untuk melakukan tempat landskap mini ini. Masa ni, semua rumput telah pun dibuang. Tinggalah ada tanah sebegini.
Masa ni kami semua letakkan topsoil terlebih dahulu dan kemudiannya letakkan tanah hitam atas topsoil tersebut.
Kemudiannya, letakkan rumput mutiara yang dibeli. Sebab rumput ini ibarat rumput karpet dan ia juga senang untuk dijaga.
Selepas siap tanam rumput ni, siram sehari 3 x pagi, tengah hari & petang untuk elak rumput mati.
Baru siap tambah pokok ditepi tembok tu.
Ini pula bahagian untuk meletakkan paver block.
Siap juga letakkan paver blocks ni pada bahagian yang diinginkan.
Gazebo akan datang untuk area ni.
Area ini memang dikosongkan untuk dijadikan tempat bercucuk tanam.
Kalau anda ada ruang kosong tepi rumah, boleh la buat landskap mini macam ni. Selain daripada dijadikan tempat anak-anak bermain, anda juga boleh bercucuk tanam kat situ. Menarik, kan?
Semoga bermanfaat!
Kredit : Ayu Ariana Aesha