Ramai juga yang mempunya sebuah ruang pada bahagian bawah tangga namun tidak tahu nak buat apa pada ruangan tersebut. Ruang tersebut boleh jer dilakukan seperti ruang stor, ruang berehat dan juga ruang susunan mini pantry.
Seperti yang dikongsikan oleh Ariza Ariffin, beliau ada idea bagaimana untuk memanfaatkan ruang bawah tangga tersebut. Iaitu melakukan sebuah susunan mini pantry yang cantik pada ruang tersebut untuk kedai runcit mama.
Bagaimana cara yang dilakukan oleh beliau sememangnya menarik minat Giler Deco ini. Mungkin dengan idea yang diberikan dapat dijadikan sebagai inspirasi untuk anda semua.
Sedikit idea untuk area bawah tangga. My mini pantry aka kedai runcit Mama
Inpirasi Susunan Pantry Kemas Untuk Mereka Inginkan Sebuah Pantry
Inilah dia bahagian dalaman pantry ini yang betul-betul berada pada bahagian bawah tangga.
Memang terfikir nak letakkan rak gantung macam ni sebab nak susun barang atas tu lebih mudah dan juga dapat jimat space yang ada.
Mudah bila dah buat rak gantung macam ni. Nak ambil barang pun senang jer dan nak susun barang agar nampak kemas sangat mudah.
Beras pun asing sebab senang kalau nak masak nasi boleh tahu dah nak ambil yang mana. Nak buat nasi goreng ker, nasi arab ker semua dah standby.
Guna bekas lutsinar macam ni boleh nampak tahap beras yang masih ada.
Kredit : Ariza Ariffin