Inspirasi Ruang Bilik Air Yang Bertemakan "Flawless White"

121 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa yang tak suka kalau ada tandas ataupun bilik air yang mewah, elegan dan cantik berseri-seri macam dalam hotel kan? Tambahan pula kalau bilik air tersebut dilengkapi kesemuanya seperti bathtub, kabinet khas dan sebagainya.

Muhaszlina Sanip berkongsikan dengan kami semua ini sebuah ruang bilik air rumah beliau ini. Perkongsian tersebut telah dikongsikan didalm sebuah grup facebook "Kami Suka Deko Deko". Ramai ahli didalamnya terpegun melihat suasasa dan dekorasi milik beliau yang bertemakan warna "Flawless White" ini.

Jom kita tengok dekorasi bilik air milik Muhaszlina ini. Mana tahu jika boleh diambilkan jadi sebagai inpirasi untuk dilakukan pada bilik air masing-masing.

Inpirasi Sebuah Ruang Bilik Air Bertemakan Warna "Flawless White" Yang Cantik

Harini saya nak share ruang bilik air saya. Kot laa ada sesiapa yang tengah mencari idea kan. Kita kat sini berkongsi minat yang sama. No right or wrong. Kita raikan sahaja.

Dekorasi Ruang Bilik Air "Flawless White" Yang Cantik

Ini adalah master bathroom kami. Sinki tu memang dah datang sekali dengan rumah.

Ruang Bilik Air

Kabinet bawah tu customade. Dalam tu saya jadikan ruang untuk menyimpan pencuci lantai, pencuci cermin dan segala macam jenis pencuci. Berus & kain lap pun simpan situ.

Customade cabinet. Dalam ni saya letak towel, stok sabun mandi, syampu, barang peribadi dan lain-lain lagi.

Plan saya nak pasang shower curtain untuk memisahkan ruang tandas dan bath tub tu. Nak letak rak tuala, bangku dan pokok hiasan juga.

Ruang Bilik Air

Bathtub ada tapi jarang pakai sebab takde masa nak berendam.

Bath tub asal rumah ni. Tengah cari caddy tray for bath tub. Belum jumpa yang berkenan.

Kawasan tempat mandi ataupun shower room.

Ruang Bilik Air

Pintu bilik air ni adalah jenis sliding.

Ruang Bilik Air

Kredit : Muhaszlina Sanip

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down