Tikar Getah Selalu terkoyak? Tukarkan Kepada Lantai Epoxy

16,872 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah tak anda mengalami di mana tikar getah di rumah anda selalu terkoyak. Masalah tikar getah selalu terkoyak sememangnya sering kali menghantui fikiran kaum ibu. Lebih-lagi apabila anda mempunyai anak yang begitu lasak sehingga tikar getah itu tercabut dengan serta merta.

Kebanyakan tikar getah murah yang terdapat di Malaysia ni adalah tikar getah yang tidak tahan lama malah ianya sangat mudah untuk terkoyak. Menerusi perkongsian daripada Puan Muaz Niyana, hal ini merupakan salah satu masalah yang sering kali beliau hadapi di rumah sewanya.

Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan cat epoxy bagi menggantikan tikar getah tersebut. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Atasi Masalah Tikar Getah Terkoyak Dengan Cat Epoxy

Assalamulaikum Sahabat deko,

Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewe kami bersimen sahaja.

So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.

Ingat walaupun rumah sewa jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pe lah. Kita cat bagi cantik.

tikar getah terkoyak
tikar getah terkoyak
tikar getah terkoyak

Kenapa Mesti Guna Cat Epoxy Putih ? Apa Kelebihan Yang Terdapat Di Cat Ini ?

  1. Epoxy ni cat nya untuk industrial work place biasanya,maka ianya tak licin dan nampak kemas.
  2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir.
  3. Senang nak mop dan sapu.
  4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.

Tip-tip Penting Semasa Proses Mengecat :

  1. Anda perlu mengosongkan segala jenis perabot.
  2. Seeloknya, anda disarankan untuk membuat bahagian demi bahagian. Apabila cat itu sudah kering, anda boleh mula cat di bahagian lain pula.
  3. Nak keringkan ambil masa 16jam.
  4. Apabila bahagian yang dah dicat itu sudah kering, cat pula bahagian yang anda dah lopongkan untuk laluan tu.
  5. Jangan letak perabot berat selepas dah kering. Tunggu 24 jam, lepas itu baru kemas balik. Takut tanggal catnya.
  6. Tip akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.

Cat Epoxy jenis : NIPPON PAINT

Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.

Cost : 1 cat + 1 hardener RM86

Ratio : 1set cat boleh buat utk 150sqft.

Mana nak beli cat?

Kedai Hardware, banyak pilihan warna.

Cat Epoxy Yang Digunakan - https://shp.ee/pwfyzfp

Mudah je kan nak mengecat sendiri menggunakan cat epoxy ni. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana. Selamat mencuba.

Kredit : Muaz Diyana

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down