Tips Dan Langkah Memilih Hood Yang Sesuai Untuk Dapur Anda

0 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Semua sudah tahukan bahawa setiap dapur ni pastinya diantara kita wajib memasang hood dapur kat rumah. Bukan sahaja dirumah namun dikedai juga ada yang menggunakan hood dapur ini daripada saiz yang kecil sehinggalah yang besar. Sebab apa ramai yang suka gunakan hood dapur ni?

Apa Itu Hood Dapur?

Hood dapur merupakan sebuah hood yang selalunya berada betul-betul diatas dapur memasak. Ia merangkumi kipas dan juga penapis untuk menapis asap dan udara daripada masakan.

Manfaat Hood Dapur?

Manfaat hood dapur ini adalah untuk menyedut, menapis dan memebrsihkan udara daripada bau, minyak dan asap terhasil apabila anda memasak. Ia juga untuk mengelakkan daripada dapur dipenuhi dengan asap kotor.

Tips Dan Langkah Memilih Hood Yang Sesuai Untuk Dapur Rumah Anda

1. Kenalpasti Saiz Hood Yang Sesuai

Setiap kali nak pasang sesebuah hood didapur korang kenalah tengok dahulu saiz hood yang hendak dipasang kat dapur tu. Saiz hood perlulah lebih lebar berbanding saiz dapur hob. Yang paling ideal untuk saiz hood ini adalah perlu lebihkan dalam 3 inci kekanan dan juga kiri.

Sebagai contoh ya, jika lebat dapur anda dirumah adalah dalam 40 inci makan hood yang sesuai adalah dalam ukuran 46 inci. Jika hood dan juga dapur hob sama panjang itu bukan dapur hood namanya.

2. Pengudaraan Yang Baik (Ventilation)

Langkah Memilih Hood

Perkara yang seterusnya untuk mereka yang inginkan dapur hood dirumah adalah mengenai ruang pengudaraan ataupun ventilation yang baik. Pengudaraan hood yang baik adalah dengan mengalihkan asap , bau dan juga minyak terus melalui salur yang disediakan.

Bagaimana jika berada dirumah apartment? Anda boleh sahaja untuk memilih hood yang tidak memiliki salur (ductless). Ia berfungsi untuk mengitarkan semula udara. Jenis hood sebegini akan menyedut udara masuk ke dalamnya sambil menapis minyak, bau dan asap sebelum mengitarkan udara bersih semula ke dalam dapur.

3. Jenis Penapis Untuk Hood

Penapis untuk hood ini ada dua iaitu Mesh Filter dan juga Baffle Filter.

Mesh Filter

Mesh filter ini yang murah murah dan terdiri daripada jaringan besi yang akan menapis segala bau masakan. Minyak pula akan disalurkan kepada lubang kecil akan terperangkap pada perangkap minyak.

Jaringan yang memerangkap minyak tersebut akan mudah melekit jadi anda kena selalu bersihkannya setiap minggu jika kerap memasak.

Baffle Filter

Baffle filter pula adalah filer yang mahal sebab ia diperbuat samada dari aluminum, stainless steel atau mild steel. Fungsi utama adalah untuk menapis minyak yang bercampur di udara yang disedut masuk ke hood dan terperangkap pada penapis.

Baffle Filter ini susah untuk kotor dan anda hanya perlu lapkan sahaja dalam beberapa bulan sekali jer. Frame atau kerangkanya juga kena bersihkan.

4. Kemampuan Hood

Kena ambil tahu juga akan kemampuan hood yang anda hendak beli. Kemampuan hood yang sebenar adalah untuk menyedut dan mengalih keluar berapa banyak udara yang bercampur dengan minyak, asap dan bau dari dapur kita dalam seminit?

Ini bermaksud lebih banyak udara busuk dan berminyak dapat dialih, lebih segar udara didalam dapur kita.

5. Ketinggian Hood

Langkah Memilih Hood

Selain saiz hood, ketinggian hood juga perlu diambilberat. Ketinggian antara hood dan juga dapur yang paling disyorkan adalah diantara 28 sehingga 35 inci daripada permukaan dapur anda.

Untuk menentukan berapakah tinggi hood anda boleh ambilak ukuran tinggi bahagian dapur. Dibawah adalah contoh untuk kira ketinggian hood yang harus anda pilih.

Contoh Kira Hood Dapur

  • Tinggi Dapur - 106 Inci
  • Tinggi Base - 34 Inci

Jarak antara hood dan dapur yang ideal adalah 35 inci. Maksimum tinggi hood pula adalah 35 inci.

Jika ketinggian hood anda rendah ianya akan menyebabkan anda untuk susah nak memasak dan kepala selalu akan terkena hood.

6. Bunyi Hood ( Noise )

Semua hood akan menghasilkan bunyi terutamanya apabila sedang digunakan. Anda boleh memilih hood yang tidak terlalu bising apabila sedang digunakan bergantung kepada jenama hood.

Dalam kebanyakan kes, bunyi kuat pada hood juga boleh disebabkan blower iaitu ketika udara dan asap yang masuk ke dalam penuras.

7. Jenis Mount Untuk Hood

Langkah Memilih Hood

Yang terakhir adalah pilihan anda sendiri bergantung kepada dapur masing-masing. Anda boleh memilih hood untuk dipasangkan secara ‘mount’ ataupun dipasangkan dekat dengan dinding, didalam kabinet khas ataupun di atas kitchen island.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2023 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down