Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga Oren Kepada Biru

24,472 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan semua orang pernah mengalami masalah api dapur gas bertukar warna setelah lama digunakan dan menyebabkan jelaga.

Sebenarnya, api dapur gas boleh menjadi berjelaga disebabkan oleh pembakaran yang tidak sempurna. Untuk mendapatkan pembakaran yang sempurna, gas oksigen diperlukan secukupnya.

Dalam kes ini, jelaga terhasil disebabkan oleh saluran yang sepatutnya membenarkan gas oksigen daripada udara persekitaran tertutup. Maka, api yang dihasilkan berjelaga. Konsep sama seperti penunu bunsen.

Api yang berjelaga juga boleh terjadi sekiranya lubang permukaan tempat api keluar tersumbat dengan makanan yang melimpah. Maka, boleh juga membersihkan lubang-lubang berkenaan dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.

Seorang netizen yang bernama Sharina Binti Othman telah berkongsi satu cara mengembalikan api dapur gas berjelaga oren kepada biru dengan langkah yang sangat mudah.

Untuk mengetahui caranya dengan lebih lanjut, jom ikuti di bawah ini.

Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga Oren Kepada Biru Semula

Haritu ada nampak status seorang sahabat dalam group ni. Kenapa tetiba api jadi warna oren dan periuk berjelaga.

Haaa ini caranya untuk kembalikan api jadi warna biru. Selamat tinggal jelaga yang suka singgah di periuk.

Nampak tak api jadi warna oren? Api oren macam ni, kalau letak periuk ke, kuali ke, tak sampai seminit sudah hitam periuk itu.

Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga

Pusingkan benda itu, seperti yang ditunjukkan dengan anak panah di dalam gambar di bawah ini.

Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga

Pusingkan sehingga tidak menutup lubang itu.

Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga

Inilah hasilnya. Tak payah nak pening-pening kepala nak sental periuk, nak beli dapur gas baru. Benda boleh jimat buat apa keluar duit kan? Cara pun senang sahaja.

Cara Kembalikan Api Dapur Gas Berjelaga

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Kredit sumber penulisan: Fatimah Salim

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down