Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat

12,927 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Wainscoting adalah salah satu dekorasi yang paling popular pada masa kini. Boleh dikatakan kebanyakan rumah di Malaysia menggunakan dekorasi wainscoting ini tidak kira mengupah tukang atau pun cuba membuatnya sendiri.

Untuk post pada kali ini, Giler Deco mahu berkongsi satu tips DIY dari Nuyul Nordin. Tips tersebut adalah mengenai DIY wainscoting homemade untuk dinding ruang rehat yang menarik.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian tips ini.

Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat Yang Menarik

Akhirnya siap juga projek DIY wainscoting suami-isteri untuk kawasan ruang rehat kami. Tema yang digunakan ialah emerald green.

Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat Yang Menarik

Dari mula pilih design, pilih kayu dan pilih cat semuanya dilakukan bersama-sama. Apa tema yang nak buat akhirnya bercadang untuk biarkan lapang senang nak golek-golek atau nak solat dekat bawah.

Wainscoting ini ada macam-macam jenis. Ada kayu, foam, dan pvc bagai. Tapi, kami suka kayu, sebab suka texture pada kayu. Rasa dia lain, biasalah lain orang lain selera dan kayu ini. Yang bestnya ada macam-macam design.

Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat Yang Menarik

Beliau pilih 3 design kayu yang berlainan untuk skirting, strip dan frame. Skirting kami dapat RM25 untuk sebatang (8 kaki), strip sebatang RM17.60 untuk 8 kaki dan frame sebatang RM4.50 untuk 7 kaki.

Semua kayu ini beliau beli dekat kedai hardware dalam taman rumah sahaja. Tak ada servis potong, jadi kami beli gergaji dan apit G potong sendiri.

Tips DIY Wainscoting Homemade Dinding Ruang Rehat Yang Menarik

Cermin tu beli dekat IKEA namanya adalah LOTS. Kemudian, potong sendiri guna cermin cutter dan tampal.

Tips:

1. Buat sketch ikut ukuran ding rumah anda dan dekorasikanya siap-siap. Jadi senang nanti anda akan tahu berapa banyak kayu yang nk digunakan.

2. Jarak antara kayu paling cun buat 4 inch antara satu sama lain. Jadi ukurlah elok-elok.

3. Lepastu tentukan pilihan cat nak full ke half ke suku ke tompok ke atau tak nak itu terpulang.

4. Sabar, kental, buat dgn jiwa. Santai-santai je. Rajin buat, tak rajin berhenti rehat.

Kos:

Semua barangan memang kami beli dekat kedai hardware dalam taman rumah je. Sebabnya adalah senang, kalau barang tak cukup, takut salah kira senang boleh pergi beli lagi.

Ini pula kos untuk saiz dinding 15ft x 8ft:

  1. Skirting 4 batang RM100:
    https://shp.ee/6hans6q
  2. Strip 4 batang RM70.40:
    https://shp.ee/49wwat8
  3. Frame 32 batang RM144:
    https://shp.ee/eq3ss8q
  4. Duralseal (gam untuk kayu) 4 botol RM30:
    https://shp.ee/xqjyb8q
  5. Silicone filler 4 botol RM22:
    https://shp.ee/75cw3zg
  6. Masking tape 3 gulung RM3:
    https://shp.ee/fa9s2jq
  7. Kertas pasir 7 keping RM7:
    https://shp.ee/hfcy2gq
  8. Apit-G RM7 :
    https://shp.ee/2bb2b68
  9. Cat nippon 4 litre RM140:
    https://shp.ee/igaxn5y
  10. Bahan mengecat RM18.30:
    https://shp.ee/hcsyruy
  11. Cermin IKEA lots RM150:
    https://shp.ee/vgzmf8y
  12. Cutter cermin RM12:
    https://shp.ee/7gs538g
  13. Minyak tanah rm2:
    https://shp.ee/r3yqspg
  14. Kod cat nippon easy wash green academy:
    https://shp.ee/qe3icpg

Jadi lebih kurang RM707.70.

Setakat ini sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea kepada semua pembaca di luar sana dalam mendekorasikan rumah sendiri menggunakan wainscoting.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down