Tips Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan Yang Perlu Anda Cuba!

1,107 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki rumah sendiri boleh dikatakan salah satu kejayaan besar dan pecapaian tertinggi buat diri kita. Lagil-lagi apabila rumah yang dibeli itu adalah hasil titik peluh kita sendiri.

Jika kita baru sahaja membeli rumah, sudah pasti banyak benda yang parlu dilakukan. Terutamanya dari segi dekorasi supaya nampak lebih mewah dan menarik.

Jadi, kali ini Giler Deco mahu kongsikan satu perkongsian dari Deco Guru di laman Twitter miliknya. Perkongsiannya adalah mengenai iaitu tips hias kondo jadi mewah dan elegan yang boleh dilakukan oleh semua pemilik rumah.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan

1. Padankan perabot yang agak gelap, kabinet atau katil dengan wall yang cerah. Padanan warna ini tidak bertujuan bilik nampak luas atau ceria seperti tips yang kami biasa beri sebelum ini, memang untuk rasa macam orang kaya sikit.

Warna: Dark Wood Grain.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan


2. Untuk beri ruang tamu ada "strong impression", alang-alang gelap biar bagi gelap terus seperti dark wood grain ini.

Layout kondo sekarang memang buka pintu terus nampak living room, warna yang ada "strong impression" macam ini barulah ada tetamu masuk, mood mewah itu terus.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan

3. Feature wall ini adalah focus point yang boleh beri statement apa sebenarnya kita nak bawakan pada tema keseluruhan ruang. Jadi, memang perlu gelapkan. Tema mewah ini memang banyak main warna gelap, cuma perlu gelap pada tempat yang betul.

4. Masih ada ruang untuk warna yang tidak berapa gelap (wood grain colour). Contohnya meja makan dan kabinet dapur yang warnanya kita padankan terus. Warna wood grain ini cuma perlu main dalam 30% dari keseluruhan warna, agar unsur dark tu masih ada lagi.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan
Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan

5. Penggunaan Pendant lamp ini sangat ditekankan. Pertama, memang nampak cantik dan keduanya bila buat seperti ini banyak ruang boleh dijimatkan.

Kalau satu lampu kalimantang diletakkan untuk cover seluruh bilik, memang tidak akan rasa mewah. Jadi, ianya perlu disusun seperti ini barulah rasa nampak mewah.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan

6. Akhir sekali, ambil tiga warna dan pilih mana satu yang mahu dijadikan warna utama (60%) warna sekunder ( 30%) dan warna minoriti (10%).

Cara pemilihan tiga warna ini boleh rujuk seperti yang sudah diceritakan di atas ini.

Tips Mudah Hias Kondo Menjadi Mewah Dan Elegan

Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Diharap dengan perkongsian tips ini dapat memberi idea untuk semua dalam menghias kondo supaya nampak lebih mewah.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down