Pernah terpikir tak bagaimana tukang masak kat kedai atau restoran beberapa kali guna kuali untuk menggoreng makanan untuk pelanggan tapi tak pernah melekat pun makanan yang digoreng? Bagaimanakah cara diorang jaga kuali tersebut sehingga makanan tidak mudah melekat?
Jawapannya ada pada brader yang bernama Wan Luqman ini. Beliau berkongsikan bagaimana tips jaga kuali yang betul agar tidak mudah melekat sewaktu memasak makanan kat dapur. Ibu-ibu dan juga para isteri memang wajib cuba ni.
Makanan pun komfirm akan jadi lebih sedap dan padu. Beliau ada kongsikan juga apa kesilapan yang biasa dilakukan sehingga kuali sebelum ni berkarat dan kotor. Jom kita tengok apa tips jaga kuali yang dikongsikan oleh beliau ini.
TIPS - Bakar Kuali Baru
My 3rd kuali. Baru² ni jumpa kuali saiz 13" terus sambar. Susah sikit nak jumpe saiz 13". Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap "season the wok". Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat.
Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia. Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah. Haha, macam enamel wok tu. Sila sayangi kuali anda.
Goreng nasi sambil melambung² nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan memang cantik dan best. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda. Kander punya dapur bukan high pressure, tapi turbo burner
Tips Jaga Kuali Baru Agar Tidak Mudah Melekat Ketika Memasak
Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu lah saiz. Kebanyakan yang ada saiz 14" 16" dan saiz 13".
Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang, kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye.
Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je, jangan sedih pulak kuali calar.
Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar.
Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari.
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
Apabila dah siap semuanya ni biarkan dalam 10 min.
Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.
Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye.
Test run terlebih dahulu. Goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. Seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus.
Bile dah garing kaw², buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5 min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah kuali je baru.
Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye.
Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali.
Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api dah siap. Besok² nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali...baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu.
Ni kuali kander yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun sebab malas. Bila tak season, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih², bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu, jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu.
Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan, haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.
Kredit : Wan Luqman