Tips Menghiasi Bilik Tidur Berkonsepkan Ala-Ala Istana

6,405 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bilik tidur adalah tempat yang paling banyak masa kita habiskan berbanding ruang lain di dalam rumah. Jadi, keselesaan di dalam bilik adalah penting dan mungkin ia perlu disediakan mengikut citarasa masing-masing. Apabila bilik tidur selesa, bukan sahaja dapat tidur lena dan nyenyak, bahkan ia mungkin juga mampu menjadi ruangan terapi bagi orang yang sukakan suasana ketenangan di dalam bilik tidur apatah lagi setelah seharian penat bekerja.

Setiap orang kebanyakannya mengimpikan sebuah bilik tidur yang berkonsepkan ala-ala istana. Tetapi, disebabkan kos untuk menghias bilik sahaja kadangkala boleh mencecahkan kos yang tinggi, hasrat mereka ini terbatal.

Rata-rata rumah di Kuala Lumpur dan khususnya rumah para bujang di luar sana, memang susah nak dapatkan rumah yang luas seperti di kampung. Ia merupakan satu cabaran, lagi-lagi bagi orang bujang yang ingin mendekorasi dan menghias bilik kerana faktor bilik yang sempit dan ruang yang terhad. Oleh yang demikian, berikut merupakan beberapa tip yang mungkin anda boleh aplikasikan tatkala menghias ruangan bilik yang sempit.

Tips Menghiasi Bilik Tidur Berkonsepkan Ala-Ala Istana

 

1.  Hiasan dalaman yang simple dan kemas.

Pilih hiasan dalaman yang simple dan kemas apabila anda menghias bilik anda. Pemilihan yang tepat akan membantu mencorakkan keluasan bilik tampak lebih besar dan luas.

Pilihlah cadar yang berwarna cerah dan mendamaikan seperti warna putih dan bercorak geometri, penggunaan cermin, bingkai yang simple dan kemas serta penggunaan perabot yang sesuai dan tidak terlalu besar saiznya seperti katil dan meja sudut.

Bilik Tidur Istana

 

2. Susun atur perabot yang ideal bagi menampakkan ruang lebih besar.

Bagi menampakkan keluasan bilik yang rapi dan lebih besar, susun atur itu penting. Pastikan ada ruang legar dan pastikan juga perabot yang disusunkan itu tidak membataskan pergerakan kita.

Bilik Tidur Istana

 

3. Pilih perabot yang praktikal.

Pemilihan perabot yang lebih praktikal pasti akan menghasilkan ruang yang kemas dan cantik! Macam gambar kat atas ni, pemilihan katil 2 tingkat dapat menjimatkan ruang dan memilih rak yang panjang terus pada dinding tepi. Untuk memaksimumkan ruang lantai, tolak katil anda ke dinding. Kesannya akan mewujudkan suasana tidur yang nyaman dan tenang.

Jika suasananya nampak seperti bilik asrama, apa kata tambah ‘headboard’ pasang siap untuk mencipta gaya pereka hiasan dalaman. Selain itu boleh gunakan lampu tidur krom untuk gaya lebih versatil.

Bilik Tidur Istana

 

4. Pemilihan warna yang cerah.

Pemilihan warna cerah dapat membantu menampakkan ruang lebih luas dan besar. Warna putih adalah pilihan yang sangat praktikal untuk bilik tidur kecil. Ia menghalang ruang daripada kelihatan terlalu padat atau berkotak-kotak.

Menggunakan warna putih atau warna-warna pastel seperti biru lembut, kelabu cair, ungu cair dan krim boleh mencerahkan ruang terutamanya jika bilik itu tidak mempunyai tingkap.

 

5. Pasang langsir yang sesuai.

Bilik tidur yang selesa tidak lengkap tanpa pemasangan langsir yang sesuai. Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut. Ini bukan bermaksud anda perlu mengorbankan kualiti tidur anda.

Masih boleh menggunakan fabrik anti-cahaya, tetapi pastikan juga anda memasang langsir sheer untuk mencerahkan bilik pada waktu siang.

Satu lagi tip ialah, langsir juga lebih elok dipasang penuh atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang lebih tinggi dan luas.

Bilik Tidur Istana

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- Kilatkan Lampu Kereta Yang Kuning Bajet Bawah RM15

Follow Facebook kami juga DISINI

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down