Tips Dekorasi Bilik Tetamu Kecil Ringkas Tapi Selesa!

21,869 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah biasanya akan ada satu bilik khas yang disediakan untuk tetamu. Bukan hanya bilik utama sahaja yang harus didekorasikan dengan cantik. Malah, bilik tetamu pun perlu diterapkan hiasan juga.

Walaupun bilik tetamu itu kecil, namun, ia bukanlah menjadi asbab kenapa tidak dicantikkan dengan konsep dan gaya lebih menarik. Tidak elok jika kita bagi tetamu yang datang bertandang untuk tidur di bilik yang tidak selesa.

Jadi, jom ikuti tips dekorasi bilik tetamu kecil dengan lebih lanjut di bawah ini.

Tips Dekorasi Bilik Tetamu Kecil

1. Daybed

Daybed memainkan dua peranan. Boleh jadi tempat duduk rehat masa siang, malam boleh jadi tempat tidur dan ia memang katil sebenarnya. Rangka dan tilam bersaiz single. Cuma reka bentuknya dibuat berbentuk kerusi rehat yang luas dan panjang.

Tips Dekorasi Bilik Tetamu Kecil

2. Warna Dinding

Bagi menampakkan wow dan berfokus, dinding fokus utama diwarnakan dengan menonjol. Nak tahu mana satu dinding fokus utama? Tipsnya adalah apabila buka pintu, dinding itu yang mula-mula kita terlihat dahulu.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

3. Langsir Dan Lukisan Dinding

Langsir adalah watak dominan dalam sesuatu ruang. Sebagai contoh, anda sudah memasang langsir yang sangat menonjol dengan warna emas, lukisan dinding yang dicari yang bersesuaian dengan warna emas langsir.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

4. Bantal

Daybed akan menampakkan rangkanya. Jadi, bantal yang menarik boleh digunakan untuk menutup rangka bagi mendatangkan kesan selesa dan empuk.

4 bantal besar dengan skema warna yang bersesuaian disusun bersama. Kemudian, ditambah dengan bantal kusyen kecil sebagai penyerinya.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

5. Cadar

Oleh kerana semua elemen dalam bilik ini tidak bercorak dan kosong, cadar yang digunakan adalah cadar bercorak bagi menaikkan seri suasana.

Untuk ruang kecil, pastikan hanya satu elemen saja yang bercorak untuk nampak lebih luas. Seperti bilik ini, cadar memainkan peranan untuk menceriakan suasana dengan corak-coraknya.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

6. Hamparan

Hamparan yang bersaiz sederhana memberikan rasa selesa. Jangan terlalu besar dan jangan pula terlalu kecil. Apabila ada hamparan, selesa untuk tetamu solat, duduk bawah lantai berehat atau menjadi tempat untuk tidur rehat juga.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

7. Sudut kerja dan makeup

Lengkapkan meja, kerusi dan cermin pada satu bahagian yang bertentangan. Ia menjadi pelengkap bilik di mana tetamu boleh menggunakan meja dan kerusi kerja.

Dalam masa yang sama ia boleh digunakan sebagai meja dan cermin mempersiapkan diri.

9. Dekorasi Pasu Dan Pokok

Ini adalah elemen paling penting yang selalu diabaikan. Karakter dan suasana bilik dipengaruhi oleh aksesori dekorasi. Pasu dan pokok hijau cukup menaikkan seri bilik.

Ia menjadikan bilik nampak lebih eksklusif. Gandingkan beberapa pasu dalam satu sudut yang sama untuk nampak impak lebih dramatik.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

10. Lampu Berdiri

Bagi menambahkan lagi kesan dramatik, lampu tidur berdiri dilengkapkan untuk bilik ini. Ia boleh membantu tetamu berehat dengan warna jingga sejuk.

Terutamanya bagi tetamu yang punya anak kecil atau orang tua. Lampu tidur ini dapat membantu dalam mencipta suasana berehat yang selesa walaupun ruang kecil sebegini.

tips dekorasi bilik tetamu kecil

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai tips dekorasi bilik tetamu kecil pada kali ini. Semoga dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba untuk mendekorasikan ruang tetamu yang kecil dengan kemas dan cantik.

Kredit: Khairunnisa Hamzah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down