Untuk melakukan dekorasi batu bata pada rumah ini sudah semestinya memerlukan beberapa pengetahuan yang cukup. Jika anda tidak tahu jenis apa batu bata yang digunakan atau juga cara untuk memasang batu bata pada dinding dengan betul, kemungkinan akan kelihatan tidak cantik.
Ikuti beberapa tips pemilihan bata "decorative bricks" yang dikongsikan oleh アリフ モクタル ini. Beliau berkongsikan jenis batu bata yang ada dan juga cara untuk memasang batu bata pada dinding secara DIY sahaja. Jadi, jom kita lihat beberapa tips mengenai batu bata ini dan cara yang betul untuk hasilkan dekorasi batu bata pada dinding.
Tips pemilihan bata "decorative bricks" iaitu Facing Bricks atau pun lebih moden yakni Stone Veneer untuk dinding luar, pagar batu atau apa2 sahaja struktur seperti outdoor table top, flower planter, outdoor bench.
Perkara Perlu Difikirkan Sekiranya Dilakukan DIY "Decorative Bricks"
Susun dulu nak cari idea.
Running pattern. Jenis stone verneer yg berbeza mengikut Surface Profile, Color, Rusty dan Size.
Jenis stone verneer yg berbeza mengikut Surface Profile, Color, Rusty dan Size. Sebelum pasang, test dulu gam simen dan gap antara bricks.
Starting point kena penting. Kalau start dah salah, sampai habis akan salah atau senget. Semak betul2 sebelum pasang grouting. Bila sudah grouting, end of story.
Susunan bahagian bucu menggunakan acuan Corner Brick Stone Verneer. Jangan guna yang acuan Flat Brick nanti bucu tak cantik.
Siap ditampal, belum grouting, belum coat.
Hasil selepas grouting dan high glossy topcoat.
Sumber : アリフ モクタル