Jenis-jenis Cat Epoxy Lantai Untuk Kediaman Anda

537 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jubin mempunyai pelbagai jenis dan juga rekabentuk serta corak yang menarik. Tetapi tanpa jubin anda boleh mengupah atau DIY sendiri corak yang anda ingin dengan menggunakan cat epoxy lantai. Epoxy ini mempunyai pelbagai jenis-jenis material cat yang digunakan untuk kediaman.

Sesetangah cat epoxy ini tidak semuanya sesuai digunakan untuk rumah. Ada juga cat epoxy lantai yang dekeluarkan khas untuk rumah, kilang dan sebagainya. Jom kita ikuti dan mengenali beberapa jenis-jenis material cat epoxy lantai yang ada didunia ini.

Jenis-Jenis Material Cat Epoxy Lantai Yang Ada Untuk Digunakan Pada Kediaman Anda

Thin Coat

Cat Epoxy Lantai

Thin coat adalah satu lapisan yang nipis. Tujuan thin coat ini untuk menipiskan cat. Penggunaan ini digunakan terutamanya dalam industri salutan untuk mendapatkan hasil kemasan yang sempurna tanpa mempunyai gelembung dan ia juga bagus untuk meratakan cat dan salutan epoxy.

Self Leveling

Cat Epoxy Lantai

Jika dibandingkan dengan epoxy lain, jenis ini anda perlu keluarkan modal yang tinggi kerana kosnya agak tinggi sedikit berbanding dengan jenis epoxy lain.

Hasilnya permukaan menjadi licin dan sekata. Kelebihan jenis epoxy ini seperti rintangan haba dan anti gelincir. Kemasan ini selalu digunakan untuk lantai seperti di kedai.

Mortar

Mortar epoxy merupakan jenis dari hasil kombinasi bahan-bahan tambahan seperti pasir silika. Hasil daripada campuran tu manjadikan epoxy mortar ini lebih kuat. Kebanyakkan kilang akan menggunakan epoxy mortar ini untuk digantikan dengan konkrit supaya lebih tahan lama.

Anti-static / ESD Resistant Floor

ESD (Electrostatic discharge) ini direka untuk kegunaan dalaman yang mempunyai pendedahan kepada beban pengangkutan sederhana dan mampu menampung cas elektroststik seperti makmal komputer dan bilik yang mempunyai risiko pada letupan.

Epoxy Flake Floors

Cat Epoxy Lantai

Epoxy flake adalah satu produk yang sangat sesuai untuk digunakan pada lantai konkrit dalaman rumah serta luaran. Epoxy jenis ini mampu untuk tidak memudahkan sesorang itu tergelincir atau jatuh.

Ia juga dapat menghasilkan satu lapisan yang kekal indah seperti lantai marmar atau batu granit. Selain itu, ia tidak mudah untuk terkelupas atau warna menjadi pudar.

Epoxy Solvent Based

Epoxy jenis ini merupakan epoxy yang mempunyai ketahanan yang bertahun-tahun. Ia juga memberikan prestasi yang baik serta tahan terhadap pencemaran seperti bahan berminyak.

Epoxy Primer

Epoxy primer ini merupakan satu lapisan asas yang menghasilkan kemasan yang tidak berlubang atau berliang. Epoxy jenis ini sesuai untuk digunakan pada bahan keluli.

Untuk pengetahuan jenis ini biasanya digunakan pada rangka atau bingkai pada kenderaan. Jika mempunyai permukaan yang kemek, epoxy ini boleh digunakan dan akan menjadikan permukaan kemek tadi seperti baru.

Epoxy Paste Fillers

Cat Epoxy Lantai

Secara umumnya, epoxy fillers ini digunakan untuk menutup permukaan yang mempunyai lubang atau sambungan yang mempunyai ruang kosong. Epoxy fillers ini mesra kayu, konkrit, aluminum dan plastik.

Lem Epoxy

Lem epoxy ini adalah hasil campuran sintetik resin atau polimer epoxy dan harderner yang digunakan untuk menggabungkan atau memasang pelbagai permukaan yang sama atau berlainan. Ia juga boleh menahan daripada tekanan yang tinggi.

Sumber : Bondoflovers

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down