Kadang-kadang memang rasa pelik, kenapa tiba-tiba bil api sebulan dua ni naik dengan melambung? Rupa-rupanya bilik tidur sudah kurang sejuk tidak seperti dulu.
Rasanya, masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya aircond perlu di servis paling tidak 6 bulan sekali untuk buang habuk yang melekat pada filter bahagian dalam tersebut. Itulah punca sebenar yang menyebabkan bil naik. Apabila kita sudah tahu di mana punca yang menyebabkan bil naik tu, apa lagi, kita servis la dan cuci bahagian filter yang dipenuhi habuk tu.
Tak perlu upah technician pun tau! Buat sendiri lagi jimat. Nak tahu cara buka bahagian filter itu macam mana? Boleh lihat di bahagian bawah ini.
Inilah puncanya bil elektrik melambung setiap bulan.
Rupa filter yang sudah lama tidak di servis dengan dipenuhi habuk.
Kalau tak ada waterjet atau pump angin, boleh cuci pakai air seperti gambar di bawah ini.
Punca utama habuk berkumpul dan tebal:
Filter siap dicuci. Tengok la keadaan sebelum dan selepas. Jauh betul perbezaan.
Selepas selesai dikeringkan. Ianya sudah boleh dipasang semula.
Hasilnya bilik kembali sejuk dan bil api tidak melambung lagi.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap perkongsian tips ringkas ini dapat membantu pembaca di luar sana yang mengalami masalah aircond kurang sejuk dan bil elektrik naik dengan melambung.
Semoga bermanfaat.
Kredit: @Nadiah Home