Bilik tidur dan bilik air merupakan satu ruang yang sangat penting bagi setiap rumah. Hal ini kerana, tanpa bilik air, maka tiadalah tempat untuk kita membersihkan diri dan melepaskan hajat dengan selesa. Begitu juga dengan bilik tidur, tanpa adanya bilik tidur, sukar untuk kita beristirehat dengan tenang dan damai.
Bagi memastikan bahagian dalaman rumahnya sentiasa up-to-date, suri rumah ini yang bernama Ctzawiyahanisz Osman telah melakukan transformasi bilik tidur dan bilik air rumahnya itu gaya baru yang lebih menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti beberapa gambar dekorasi sebelum dan selepas ruang tersebut diubahsuai.
Hai geng Giler Deco Group,
Makeover Bilik tidur dan bilik air. Idea dapat dalam group deco jugak. Terima kasih semua.
Bilik air sebelum proses ubahsuai dilakukan.
Bahagian dalam mula dipecahkan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi untuk hasilkan deco bilik tidur dan bilik air.
Semoga bermanfaat.