Ingin melakukan sebuah transformasi dalaman rumah teres namun tiada sumber yang mampu boleh memberikan anda inspirasi untuk melakukannya? Jangan risau kerana anda boleh melihat hasil transformasi yang dilakukan oleh Yatt Sahdan ini.
Yat Sahdan telah berkongsikan hasil transformasi rumah teres beliau yang telah dilakukan didalam laman sosial Facebook. Beliau dikatakan hendak menukar selera dan bertekad untuk mencantikkan lagi rumah teres tersebut dengan konsep minimalis.
Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita sama-sama melihat hasil transformasi dalaman rumah teres beliau yang dilakukan ini agar anda mendapat inspirasi untuk melakukan transformasi dirumah anda.
Saja nak share hasil transformasi saya yang saya lakukan ini di rumah teres saya. Rumah teres ni asalnya memang dah uzur dan kelihatan sangat suram.
Jadi, untuk mencantikkan kembali keseluruhan rumah teres ini, transformasi sahaja antara cara yang paling berkesan.
Sini saya sediakan beberapa keping gambar sebelum dan selepas yang dilakukan oleh saya ini. Boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda yang ingin melakukan transformasi seperti saya ini.
Gambar Sebelum & Selepas Transformasi Bahagian Rumah Teres Yang Dilakukan
BAHAGIAN RUANG TAMU
Ini merupakan gambar bahagian ruang tamu saya yang dilakukan transformasi. Dari dalaman rumah yang kosong kini saya lakukan dekorasi bertemakan konsep minimalis.
BAHAGIAN LALUAN HALLWAY
Ini adalah bahagian hallway saya yang asal. Dengan banyak kesan tompokkan hitam dan juga cat juga mempunyai pelbagai warna. Jadi, sememangnya akan diubahsuai agar nampak lebih nampak clean dan simple.
Inilah dia hasil transformasi laluan hallway yang dilakukan oleh saya ini. Dulu terlampau banyak warna bahagian ni. Sekarang saya cat balik dengan warna putih sahaja. Baru nampak sekata.
BAHAGIAN BILIK TIDUR
Beralih pula kepada bahagian bilik tidur saya yang biasa ini. Disebabkan kosong jadi ia memudahkan sikit kerja saya untuk lakukan transformasi.
Hasil transformasi bahagian bilik yang dilakukan.
BAHAGIAN RUANG TAMU
BAHAGIAN DAPUR
Ini pula adalah bahagian dapur saya yang tidak serba lengkap ini.
Sekarang Alhamdulillah dah siap transformasi bahagian dapur saya ini. Untuk dapur ni saya beli stiker wallpaper, set meja makan kayu dan juga cermin untuk tampal pada dinding ala-ala cermin grand mirror gitu.
Kredit : Yatt Sahdan