Memiliki dapur yang cantik dan kelihatan elegan memang menjadi impian setiap suri rumah. Walaupun dapur rumah tidak begitu luas, ia bukanlah menjadi satu halangan untuk menjadikan dapur tersebut cantik dan menarik.
Seperti yang dilakukan oleh wanita ini yang bernama Alyn Ab Aziz. Beliau telah mentransformasikan dapur kecil table top miliknya kepada konsep top concrete slab.
Jadi, untuk melihat gambar sebelum dan selepas diubahsuai, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Transformasi dapur kecil saya keluasan 20x10ft.
Dari table top tiles dan quartz kepada top concrete slab sahaja tanpa tiles atau quartz top.
Hanya smooth surface dan waterproofing, cuba kelainan.
Bahagian dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Proses pemasangan tiles pada dinding sudah hampir siap separuh.
Proses pemasangan tiles diteruskan lagi.
Kawasan ruang tamu rumah agak berselerak ketika proses sedang dilakukan.
Keadaan dapur setelah selesai diubahsuai. Sangat cantik dan menarik hasil dekorasi yang dilakukan. Nampak mewah dan elegan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.