Transformasi Ruang Tamu Dan Entrance Banglo Bertemakan French Classic

382 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Disaat pemilik rumah pada masa kini rata-rata memilih konsep dekorasi dengan gaya moden, masih ada lagi pemilik rumah yang menggemari deco rumah klasik dari negara Perancis.

Biasanya pemilik rumah yang meminati konsep seperti ini menginspirasikan idea deco rumah dari luar negara iaitu di bahagian selatan Perancis. Penggunaan gaya seperti ini sudah cukup mampu menghadirkan suasana ala Eropah di rumah.

Konsep dekorasi seperti ini telah dilakukan oleh seorang pereka design dalaman rumah yang cukup popular iaitu Isa Al-Roomie. Pemilik rumah ini telah menggunakan khidmatnya dalam melakukan transformasi ruang tamu tersebut dengan menggunakan tema French classic.

Untuk mengetahui bagaimana beliau lakukan deco ini, boleh teruskan bacaan dengan lebih lanjut di bawah ini.

Transformasi Ruang Tamu Bertemakan French Classic

Transformasi ruang tamu dan "entrance" banglo di Kemensah sebelum dan selepas siap.

Sebab banyak sangat gambar, bahagian ruang makan dan dapur akan dikongsikan kemudian.

Keadaan ruang tamu semasa proses ubahsuai mula dilakukan.

Transformasi Ruang Tamu

Konsep yang digunakan bertema French Classic dari era Louise 16 dan Marie Antoinette yang dimodenkan, inilah antara projek paling lama dan rumit untuk disiapkan sebab nak kena buat research, study dan cari barang yang paling sesuai untuk setiap sudut ruang.

Lebih kurang setahun juga nak disiapkan. Boleh dikatakan 90% barang dalam rumah ini di import dari Indonesia, China dan Eropah.

Transformasi Ruang Tamu

Bukan mudah untuk menghasilkan dekorasi seperti ini, Namun, ianya dipermudahkan dan tidak mustahil untuk disiapkan lebih-lebih lagi dengan bantuan tuan rumah yang mempunyai citarasa yang tinggi.

Setiap item dalam rumah ini umpama piece of art dan mempunyai keunikan tersendiri. Tidaklah sesempurna Istana-istana di Perancis mahupun di Malaysia ini macam rumah Dato' Rizalman Ibrahim.

Apa yang boleh dikatakan, ini adalah pencapaian peribadi paling baik yang pernah dihasilkan oleh beliau sepanjang menjadi interior designer. Full of vibrant colour and personality, memang akan membuatkan penghuni rumah ini tidak merasa bosan dengan suasana rumah kediaman ini.

Agak rare juga konsep dekorasi yang dihasilkan pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca Giler Deco di luar sana. Selamat mendeco.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down