Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman yang cantik dan selesa. Boleh dikatakan itu adalah impian bagi setiap pemilik rumah. Tetapi, untuk mengubahsuai rumah lama, ia memerlukan sedikit masa dan bajet.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Reyana Liyana Jamaludin. Apa yang membuatkan dekorasi rumah ini kelihatan mewah adalah kerana penggunaan perabot dan warna serta peralatan rumah begitu menonjol membuatkan ianya kelihatan lebih menarik.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi oleh pemilik rumah ini.
Keadaan rumah sebelum diubahsuai dengan konsep mewah. Keadaan kediaman rumah ini kosong dan tidak mempunyai apa-apa perabot dan dekorasi.
Keadaan rumah selepas kediaman ini selesai diubahsuai dengan konsep dekorasi moden mewah simple. Susunan perabotnya sangat tersusun dengan rapi.
Keadaan ruang makan kediaman ini sebelum proses mengubahsuai dilakukan.
Untuk kelihatan mewah, ia tidak perlu menampal vynil floor dan sebagainya. Cukuplah dengan memasang lantai mozek bagi memastikan keadaan dalaman kelihatan berseri.
Keadaan ruang makan kediaman rumah selepas proses mengubahsuai dilakukan dengan konsep moden mewah.
Keadaan bahagian tangga sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang atas tangga.
Keadaan tangga selepas proses pengubahsuaian selesai dilakukan.
Dekorasi yang dibuat pada bahagian tangga.
Keadaan ruang rehat sebelum diubahsuai.
Keadaan ruang rehat setelah selesai diubahsuai.
Ruang dapur sebelum diubahsuai.
Ruang dapur selepas diubahsuai.
Link perabot dan barangan deco yang digunakan :
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga ianya mampu memberikan inspirasi kepada semua pembaca.