Ruang tamu, ruang makan dan juga ruang dapur. 3 ruang yang dinyatakan tersebut merupakan ruang utama didalam sesuatu rumah. Sebab apa? Sebab apabila tetamu datang bertandang kerumah, mereka akan melihat 3 ruang utama ini. Jadi, eloklah menjaga dekorasi 2 ruang utama ini dengan kemas dan rapi.
Melihat kepada perkongsian daripada Isa Al-Roomie ini, beliau melakukan transformasi ruang utama beliau. 3 Ruang utama tersebut diberikan sebuah sentuhan moden yang cantik bertemakan warna biru gelap dan putih. Kombinasi dua warna tersebut sangatlah cantik dan sepadan diantara satu sama lain.
Jom kita melihat hasil sebelum dan selepas transformasi ruang utama rumah kondominium 900 Sqft milik Isa Al-Roomie ini.
Transformasi 3 tahun lepas untuk Dapur, Ruang Tamu dan Ruang Makan Kondominium 900 kaki persegi. Rumah orang bujang, jadi warna pun banyak diadunkan dengan hitam.
Code Cat Dinding : Antique White by Jotun.
Rupa Ruang Utama Sebelum Transformasi Dilakukan
Inilah dia rupa pada bahagian ruangan dapur, ruang makan dan ruang tamu. Disertakan sekali dengan proses semasa transformasi ruang utama ini dilakukan.
Hasil Transformasi Ruang Utama Yang Dilakukan
Alhamdulillah. Ingin melihat hasil transformasi yang dilakukan ini? Boleh lah tengok gambar-gambar dibawah ini. Setelah penat lelah melakukannya, siap juga transformasi yang dilakukan ini.
Ruang dapur dan juga ruang makan antara penyeri pada bahagian ini
Disebelah ruang makan pula sudah semestinya ada ruang tamu yang cantik.
Ruangan pada pintu masuk utama ini wajib ada cermin. Barulah sebelum keluar tu boleh betulkan tudung dan gaya apa semua. Hehe.
Bahagian pada tv ini juga menerapkan deko yang simple sahaja.
Kredit : Isa Al-Roomie