Kalau bercerita mengenai rumah flat kos rendah, sudah pasti ramai yang cukup mengenali dan dapat membayangkan bagaimana keluasan rumah tersebut.
Seperti yang kita tahu, rumah flat kos rendah memang tidak begitu luas. Akan tetapi, itu semua bukanlah menjadi isu untuk kita memberikan satu nafas baru untuk kediaman tersebut.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Mohd Fadhil Razib. Beliau telah melakukan transformasi rumah flat kos rendah 650 Sqft dengan konsep mewah tetapi sangat kelihatan simple.
Untuk melihat proses ubahsuai yang dihasilkan ini, jom sama-sama kita saksikan beberapa perkongsian gambar sebelum dan selepas ubahsuai yang dilakukan oleh lelaki ini.
Keadaan ruang tamu setelah selesai diubahsuai.
Dinding bahagian dapur dan bilik air baru sahaja selesai diratakan.
Bahagian ini dipecahkan terlebih dahulu untuk menghasilkan ruang tingkap.
Keadaan dapur semasa proses ubahsuai dilakukan.
Vinyl floor dipasang pada lantai ruang dapur rumah ini. Pada bahagian dinding pula dilekatkan dengan tiles.
Keadaan dapur selepas proses ubahsuai dilakukan.
Keadaan sinki dapur.
Bilik air selepas diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu dalam mencari inspirasi untuk mengubahsuai rumah.
Semoga bermanfaat.