Transformasi Dapur Kabinet Yang Lama Bermodalkan RM14K

9,169 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Memiliki sebuah kabinet dapur yang lama dan bersepah ini kadang-kadang akan membuatkan kita ingin menukarkan kepada kabinet yang baharu. Apabila menukarkan transformasi dapur kabinet ni sudah semestinya dapur akan kelihatan cantik dan menarik.

Macam yang dikongsikan oleh Firdaus Mustaffa ini, beliau mengupah kontraktor untuk menukarkan kabinet dapur yang lama kepada baru bermodalkan RM14k.

Untuk lebih cantik, kabinet tersebut bertemakan warna hijau dan putih yang merupakan 2 gabungan warna yang cantik. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Transformasi Dapur Kabinet Lama Kepada Baru Bertemakan Warna "Pale Green" Bermodalkan RM14K

Transform my kitchen cabinet yang bertemakan warna Hijau "Palegreen" & putih menjadi pilihan hati. Part sinki & quartz stone tergendala gara2 PKP 3.0 haritu. Namun, alhamdulillah dah siap juga part sinki & quartz stone kabinet dapur idaman saya & isteri.

Rupa Kabinet Dapur Yang Asal Sebelum Transformasi

Berikut merupakan keadaan kabinet dapur yang asal sebelum apa-apa ubahsuai ini dilakukan. Bersepah tu dah biasa kerana tiada masa nak kemas. Jadi, alang-alang nak tukar kabinet dapur, kita biarkan dahulu. Tunggu kabinet dapur baru biar kemas.

Transformasi Dapur Kabinet

Proses Transformasi Kabinet Dilakukan

Proses transformasi dapur ini sedang giat dijalankan antaranya ialah proses wiring wayar, memasang kabinet dan banyak lagi.

Proses memasang bingkai.

Transformasi Dapur Kabinet

Sebelum transformasi ini dilakukan, berikut merupakan lakaran ataupun design 3D yang dilakukan oleh kontraktor. Design ini dilakukan untuk tujuan kita melihat hasil sebelum transformasi ini dilakukan. Sangat mudah sekarang dah boleh nampak hasil yang bakal dilakukan.

Transformasi Dapur Kabinet

Proses finishing touch akhir sebelum kabinet ini siap sepenuhnya.

Hasil Akhir Tranformasi Kabinet Dapur Yang Siap Dilakukan

Alhamdulillah, akhirnya siap juga kabinet dapur yang diidamkan selama ini. Memang saya pilih warna yang bertemakan hijau "Pale Green" dan juga sedikit warna putih kerana 2 warna ni memang padan dan cantik digabungkan. Kesemua transformasi ini memakan modal hampir RM14k.

Transformasi Dapur Kabinet

Akhirnya, baru nampak kemas bahagian dapur ni berbanding yang asal.

Transformasi Dapur Kabinet
Transformasi Dapur Kabinet

Sumber : Firdaus Mustaffa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down