Memiliki menantu yang sangat rajin dalam melakukan kerja-kerja rumah adalah satu kelebihan untuk keluarga kita. Boleh dikatakan bukan semua orang minat dalam cuba untuk mengemas dan mengubahsuai kawasan bilik yang telah lama sudah tidak diusik.
Namun, perkata tersebut telah dilakukan sendiri oleh seorang menantu ini yang bernama Hazwani Ghazali. Beliau telah melakukan transformasi ruang tingkat atas itu dengan sangat cantik dan menarik.
Jadi, jom kita lihat hasil ubahsuai yang dilakukan ini.
Transform rumah mertua tingkat atas yang sudah lama tak diusik. Rumah cluster, deco bajet bukan dari T20, M40, B40. Hanya bermodalkan RM120 untuk membeli wallpaper. Cat lebihan dari rumah saya.
Untuk deco kolah air dan lantai bilik air belum dapat idea. Hasil tangan sepenuhnya dari seorang bergelar emak.
Keadaan ruang tamu rumah sebelum proses ubahsuai dilakukan dengan cara bajet.
Inilah rupa bahagian bilik air dan ruang laundry bahagian atas sebelum diubahsuai.
Keadaan laluan ke bilik air dan ruang laundry sebelum diubahsuai.
Rupa dan keadaan bilik air setelah berjaya diubahsuai dengan hanya menggunakan wallpaper sahaja.
Bahagian ruang laundry dan bilik air setelah selesai ubahsuai. Cantik dan sangat menarik.
Keadaan laluan ke bilik air dan ruang laundry setelah proses ubahsuai selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca dalam mencari idea untuk ubahsuai kediaman dengan cara bajet.
Selamat mendeko.