Kalau hendak ikutkan hati, hari raya ni mesti nak semua baru. Bagi mereka yang berkemampuan, bajet bukanlah sesuatu yang penting untuk mereka fikirkan.
Tapi bagaimana pula dengan orang yang ingin berjimat dan lebih mementingkan simpanan daripada berbelanja? Bak kata orang tua-tua, tak dapat tukar banyak, tukar sikit pun jadilah. Cukup tukar perabot yang mana perlu sahaja.
Dalam memikirkan persiapan hari raya, pasti ramai antara kita yang pening nak ubahsuai rumah macam mana. Betul tak. Jom ikuti perkongsian dari nurulnatasha9623 mengenai transformasi rumah yang telah dilakukan sempena hari raya aidilfitri nanti.
Keadaan Ruang Tamu Sebelum Dan Semasa Ditransformasi
Raya dah nak dekat. Segan pula bila tetamu datang dengan keadaan ruang tamu macam. Jadi terus ambil keputusan untuk transform ruang tamu sempena persiapan hari raya nanti.
First, buang dulu wallpaper lama sebab nak cat dinding dengan warna lain. Nak bagi mood rumah ni nampak wow gitu.
Tada! Dah siap cat dinding menggunakan warna grey. Nanti nak letak dekorasi sikit dekat dinding ni. Kalau kosong macam ni nampak suram pula.
Hasil Akhir Setelah Transformasi
Deko ala kadar je bersesuaian dengan bajet. Janji selesa dan kemas. In shaa Allah jika ada bajet lebih, sambung deko lagi. Doakan ye.
Sementara tunggu poket penuh, deko macam ni dulu. Ada rezeki kita deko lain pula.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco mengenai trasformasi rumah sempena hari raya nanti. Semoga perkongsian memberi manfaat kepada anda.
Sumber : @nurulnatasha9623 (Tik Tok)