Transformasi Sebuah Rumah Sewa Buruk Dan Usang Kembali Kelihatan Cantik

199,135 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap kali apabila nak jer menyewa sebuah rumah sewa ni, pertama ialah kita tidak tahu akan keadaan rumah tersebut sehingga kita melihatnya dengan mata sendiri. Kalau nak dapatkan sebuah rumah sewa yang masih lagi dalam keadaan bersih dan teratur, ianya merupakan satu kelegaan. Namun, bagaimana pula sebaliknya? Mesti rasa nak pengsan kan apabila melihatnya?

Itulah yang berlaku kepada pasangan Rossa Zliena Mansor dan juga suaminya Mir Mario apabila mereka berdua dapat menyewa sebuah rumah sewa yang buruk dan usang. Namun, suaminya mempunyai satu idea untuk mencantikkan balik keadaan rumah tersebut iaitu dengan melakukan makeover, transformasi dan juga dekorasi rumah sewa tersebut.

Kesemua 3 perkara tersebut harus dilakukan secara serentak namun ia tidak menghalang Mir Mario untuk mengubah penampilan rumah tersebut. Dengan menggunakan konsep "Power Of MTD" yang membawa maksud keupayaan melakukan Makover, Transformasi dan Dekorasi yang mampu mengubah sesuatu dalaman rumah tersebut.

Jom kita tengok hasil "MTD" rumah tersebut.

Transformasi Rumah Sewa Yang Buruk Terus Nampak Baharu Menggunakan Konsep "Power Of MTD"

Sebulan sebelum kawin suami cakap kita dah dapat rumah sewa. Saya punye excited nak tengok rumah sewa tu. Suami cakap tak boleh tengok lagi. Hahahahaha rupanya nauzubillah patutla tak nak tunjuk sangat.

Alhamdulillah cukup beruntung suami dah sediakan sebaiknya rumah untuk si isteri duk meroyan sorang-sorang time dia pergi keje. Semuanya dia deco sendiri jer. Thanks suami Mir Mario yang sebelum macam jamban pun ada.

Mula-mula jejak kaki dalam rumah ni rasa macam wowww. Tak sangka suami ada bakat juga dah happy sangat rasa macam nak jer angkat dia dan campak dari tingkat 3

KEADAAN RUMAH SEWA SEBELUM MELAKUKAN "MTD"

Ingin mengetahui bagaimana keadaan rumah sewa pada awalnya sebelum apa-apa transformasi rumah sewa tersebut dilakukan? Inilah dia rupa rumah sewa tersebut.

Dapat dilihat keadaan dinding yang berkulat dan kotor macam telah lama dibiarkan begitu sahaja.

Transformasi Rumah Sewa
Transformasi Rumah Sewa

Beralih pula kepada bahagian dapur pula. Bagaimana anda rasa apabila melihat dapur dalam keadaan sebegini? Mesti rasa jijik kan?

Ini pula adalah bahagian tandas. Masih kelihatan dalam kedaaan baik berbanding keadaan dapur namun proses transformasi pada bahagian ini perlu dilakukan juga.

Transformasi Rumah Sewa

KEADAAN RUMAH SEWA SELEPAS MELAKUKAN "MTD"

Setelah berhempas pulas melakukan transformasi rumah sewa ini. Akhirnya siap juga dan inilah dia beberapa keping gambar menunjukkan hasil akhir keadaan rumah sewa ini.

Ini pula adalah bahagian ruang tamu rumah sewa tersebut. Dekorasi ruang tamu ini sangatlah cantik sebab ia kelihatan simple sahaja dan tidak banyak perabot.

Transformasi Rumah Sewa

Ingat lagi tak bahagian dapur yang berkulat tadi? Inilah dia hasil ruang dapur tersebut. Cantikkan? Memang terbaik hasil yang dilakukan oleh pasangan ini.

Transformasi Rumah Sewa

Macam mana dengan transformasi rumah sewa yang kelihatan buruk dan usang ni? Nampak baru, cantik dan elegan kan? Berbeza dengan keadaan pada mula-mula yang nampak buruk dan usang.

Rossa Zliena mengatakan bahawa beliau tidak menyangka suaminya merupakan seorang yang pandai melakukan dekorasi dan juga mempunyai bakat dalam transformasi dan makeover ini.

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap perkongsian mengenai transformasi rumah sewa ini dapat memberikan inspirasi untuk anda untuk melakukan proses ini dirumah.

Sumber : Rossa Zliena

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down