Dari Rumah Seperti Reban Ayam Kini Diubahsuai Menjadi Teratak Yang Mewah

7,746 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Boleh dikatakan, golongan yang dilahirkan dalam keluarga sederhana pernah mengalami fasa hidup dalam keadaan yang serba kekurangan seperti tinggal di rumah yang tidak siap dan sebagainya. Walaupun pernah hidup susah pada ketika dahulu, keadaan tersebut bukanlah menjadi penamat untuk hidup kita.

Perkara tersebut telah dibuktikan oleh lelaki ini yang bernama Haziq Ammar. Demi membalas jasa kedua orang tuanya, beliau bertekad mahu membina seorang diri rumah untuk keselesaan insan tersayang.

Disebabkan ingin melihat mak dan abah hidup dalam keadaan lebih selesa, demi mak dan abah, beliau usahakan sebaik mungkin untuk berikan kediaman yang selesa untuk mereka. Akhirnya, beliau dapat hadiahkan mak dan abah rumah yang cantik ini.

Jadi, jom ikuti kisah yang bakal diceritakan oleh pemuda ini mengenai penat lelah dan pengalaman semasa membina rumah ini.

Dari Rumah Seperti Reban Ayam Kini Diubahsuai Menjadi Teratak Yang Mewah

Assalamualaikum. Salam semua sahabat-sahabat deko.

Saya saja nak kongsi sedikit impian saya dari masa kecil-kecil dahulu.Saya sangat suka melukis rumah-rumah impian saya sebab masa kecil kami duduk rumah buruk boleh dikatakan macam Reban Ayam juga la.

Orang utara tahu kot apa itu reban ayam. Memang saya dari keluarga susah tiada harta benda. Mak dan Abah hanya menjual nasi lemak dan kuih muih depan rumah buruk kami.

Alhamdulillah dengan duit tersebut dapat la menampung kehidupan kami.

Keadaan rumah ini semasa baru dibina.

Rumah Seperti Reban Ayam
Rumah Seperti Reban Ayam
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Proses ubahsuai ini diurus olehnya sendiri dari awal sampai akhir. Dari lukis plan sehingga ianya siap. Tetapi tidak seberapa siap sangat lagi sekarang ini, banyak lagi yang perlu dideko. katanya.

Walaupun bukan seorang jurutera, demi minat beliau sanggup habiskan masa dan tenaga mencari tukang dan bahan-bahan binaan serta semua tukang-tukang yang berkaitan. Hampir setiap 2 minggu sekali beliau akan pulang ke kampung untuk melihat proses dan pembelian barang-barang binaan.

ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Bercerita mengenai kos pula, beliau sangat berpuas hati sebab jimat ratusan ribu ringgit jika upah kontraktor. Beliau pernah tanya untuk keluasan dan design rumah beliau masa itu. Hanya binaan rumah hampir 400k.

Tetapi, kos keseluruhan yang dihabiskan untuk membina rumah ini tidak melebihi 200k. Dari situ beliau memilih untuk menguruskan sendiri. Beliau lebih rasa berpuas hati dengan pilihan hati dari segi pembelian barangan dan sebagainya.

ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Orang tanya, apa konsep rumah ini? Konsepnya "caca merba" sahaja. Janji cantik dimata, Ada juga perabot dibeli dari kedai terpakai juga.

ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama
ubahsuai rumah lama

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada mereka yang berhasrat untuk membina rumah buat ibu bapa di kampung. Terima kasih kerana luangkan masa untuk membaca artikel ini.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down