Apabila disebut tentang rumah felda, mesti ada diantara kita fikir yang ianya merupakan rumah yang jenis rumah kampung dan biasa sahaja kan. Namun, jangan terus menghukum. Siapa sangka rumah sewa felda yang biasa itu, apabila di transfomasi ia akan menjadi cantik dan moden.
Sama seperti perkongsian didalam laman sesawang Facebook daripada Farizah FieMarissa. Beliau telah berkongsikan transformasi rumah sewa felda beliau. Setiap luaran dan dalaman rumah tersebut telah diubahsuai dan ia dihiasi dengan sempurna.
Hari ini Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda transformasi rumah sewa felda hasil transformasi daripada Farizah FieMarissa. Setiap bahan dan juga gambar semasa transformasi diluar dan didalam rumah akan dikongsikan. Jom kita tengok transformasi beliau.
Transform rumah sewa saya. Rumah lantai simen kalau pasang tikar getah asyik kena tukar. Pastu bawahnye berwap dan berbau. Yang koyak nye lagi. Jadi saya guna cat epoxy. Nak pasang mozek tak ada Budget Rumah ni rumah felda. Rumah kampung jer. Saya sewa dgn harga rm200.
GAMBAR SEBELUM TRANSFORMASI
KERJA TRANSFORMASI DILAKUKAN
Cat Epoxy ( Ruang Tamu )
Untuk cat epoxy ni saya ada sertakan sekali pic jenama yang saya pakai. Ruang tamu rumah saya tu guna 5 liter jer. Harga RM160. Beli di kedai cat ye. Nama pun cat kan. Kat Shopee pun ade. Tapi saya tak sure jenama saya guna ni ade ke tidak.
Untuk kedai saya pun saya guna epoxy jugak, tapi jenama lain. Tak tahan. Tidak lama pakai dah terkopek. Tapi yang untuk rumah ni memang tahan lama. Dah setahun lebih masih elok dan cantik. Senang nak kemas rumah.
RUMPUT KARPET ( Luar Rumah )
Untuk rumput carpet itu pula, tiap bulan mesti nak kena mesin dan racun. Rumput cepat panjang. Jadi saya pasang rumput carpet. Rumput ni boleh pasang indoor dan juga outdoor. Tiada masalah kalau berhujan panas.
HASIL TRANSFORMASI RUMAH SEWA
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco ini. Macam mana dengan transformasi yang dilakukan oleh Farizah ini? Hebat bukan? Daripada rumah biasa terus menjadi rumah yang cantik dan sedap mata untuk dipandang.
Sumber : Farizah FieMarissa