Transformasi Rupa Rumah Sewa Keluasan 900 Sqft

26,645 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sesetengah orang akan duduk di rumah sewa apabila berpindah ke sesuatu tempat yang baharu sekiranya mereka belum mampu beli rumah. Masalah yang selalu dihadapi oleh rakyat malaysia ini kadang-kadang rupa rumah sewa tersebut berada dalam keadaan yang tidak cantik. Mereka pula perlu melakukan sebuah transformasi rupa rumah sewa tersebut dari buruk menjadi baru.

Macam yang dihadapi oleh Farah Izza ini, beliau kongsikan hasil transformasi rupa rumah sewa beliau yang baru setelah berpindah ke negeri Sarawak ini. Dalaman rumah tersebut tersangatlah tidak terurus. Jom kita tengok hasil transformasi yang dilakukan ini.

Transformasi Rupa Rumah Sewa Yang Buruk Menjadi Baru Bermodalkan Hanya RM25K

Tahun 2020 adalah tahun yang agak mencabar bagi kami sekluarga. Suami dapat surat paksa rela pindah dari KL ke Sarawak oleh tmpt keje. Saya yg ketika itu berbadan 2 mmg terasa agak tertekan. Bayangkanlah, terpaksa meninggalkan kerja, keluarga, kawan2, rumah sendiri utk semata2 mengikut kerja suami.

Tapi positive kan diri, saya ikut juga suami ke Sarawak. Bawaklah juga anak2 kami 4 org ke bumi kenyalang. Kat sarawak kami menumpang di rumah bapa mertua. Rumah ni kiranya rumah persinggahan jika mereka ke daerah miri. Ya, suami asal org srwk tp semua jauh2 lokasi. Ibu bapa mertua di Sarikei, adik2 mertua dia limbang dan bintulu.

Rumah ni dah agak lama takde org yang tinggal jadi perlu direnovate juga. Pernah juga disewa dgn org bujang. Kira2 dlm RM25k juga kami habis utk elokkan rumah. Cat baru, upgrade dapur, upgrade tandas, simen tanah belakang. Kos tak termaksuk perabot dan alatan elektronik.

Kami telan airliur jer lah laki bini. Alhamdullilah ada juga duit poket spare la kan.

Rumah kecik aja. Dlm 900sqft. 3 bilik 1 tandas. Masih boleh hidup 6 org. Anak2 masih kecik. Cuma kadang2 tuh nak membuang ayaq besar ramai2 berjemaah yg agak susah.

Gambar Sebelum & Selepas Transformasi Rumah Sewa Yang Dilakukan

Berikut merupakan gambar sebelum dan selepas hasil transformasi yang dilakukan ini. Bermula daripada keadaan luar rumah, ruang tamu dan juga dapur turut dikongsikan.

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Transformasi Rupa Rumah Sewa

Sumber : Farah Izza

Sungguh cantik hasil dekorasi beliau. Walaupun hanya rumah sewa, anda boleh deko mengikut citarasa dan keselesaan anda sendiri. Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down