Jika memiliki ruang studio apartment yang jarang digunakan, kalau boleh jagalah dengan baik dan jangan dibiarkan kekal kosong serta kelihatan sendu.
Hal ini kerana, dari dibiarkan kosong, lebih baik jadikan ruang tersebut satu tempat yang boleh menenangkan fikiran kita sekiranya sudah jemu melihat dekorasi pada rumah sendiri. Jadi, bolehlah tinggal di apartment studio itu sekejap untuk berehat dan jadikan tempat healing.
Itulah yang diminta oleh pemilik rumah ini yang mahukan apartment studio itu diberikan nafas baru dengan mengupah seorang pakar dekorasi dan ubahsuai dalaman rumah yang bernama Isa Al-Roomie. Beliau telah berjaya menukarkan apartment ini kepada konsep yang cukup tenang dan mendamaikan.
Bagi melihat proses dan hasil ubahsuai yang dilakukan, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Transformasi Studio Apartment berkeluasan 300 Sqft. Sebelum, semasa dan selepas siap.
Yang senangnya pemilik rumah cakap buatlah apa nak buat, yang penting nampak tenang, cabarannya pulak, dia nak semua dalam satu studio ini, nak ada katil, tv, almari, tempat nak solat dan kabinet dapur sekali.
Alhamdulillah, segala-galanya dapat disiapkan dalam masa 3 minggu.
Code Cat: Ice Turquoise by Jotun
Sebelum kejadian, bahagian dalaman ini kosong sahaja.
Proses mengecat dilakukan.
Selepas itu, proses pemasangan kabinet dilakukan.
Barangan dapur diletakkan di atas kabinet.
Bahagian bilik tidur selepas berjaya diubahsuai.
Kabinet hiasan diletakkan dibahagian tepi katil.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana dalam menghasilkan ubahsuai mengikut citarasa masing-masing.
Selamat mencuba.