Proses Transformasi Wajah Dapur Yang Lama Menjadi Baharu

994 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Dapur yang lama berubah kepada sebuah transformasi dapur yang baharu merupakan perkara yang diinginkan oleh para penghuni rumah terutamanya yang berada dirumah lama. Siapa yang suka akan wajah dapur yang lama dan tak suka dapur yang baharu?

Seorang pengguna facebook yang bernama Zierah D'Fadzr ini berkongsikan sebuah transformasi wajah dapur beliau yang lama kini menjadi cantik dan kelihatan seperti dapur yang baharu. Untuk melakukan sebuah transformasi sebegitu beliau terpaksa melewati beberapa kekangan bajet dan juga masa.

Jom kita melihat hasil sebelum dan selepas transformasi dapur ini yang dikongsikan. Boleh dijadikan sebagai inspirasi untuk mereka yang mencari idea ubahsuai dapur yang lama dirumah.

Transformasi Wajah Dapur Yang Lama Kini Kelihatan Seperti Dapur Baharu Yang Elegan

Transformasi dapur nan sekangkang rumah apartment kami akhirnya dapat juga direalisasikan setelah sekian lama makan hati dengan keadaan dapur yang dah agak tenat sebab dah lebih dari 15 tahun usianya. Agak lama juga saya bersabar & menunggu masa yang sesuai untuk mulakan renovation ni disebabkan pkp & kekangan bajet.

Alhamdulillah akhirnya kerja² renovation dapat dimulakan pada awal tahun aritu. Alhamdulillah syukur juga dapat kontraktor yang agak kemas kerjanya dan mudah dibawa bbincang. Deko dan konsep dapur kami ni sebenarnya tak bertema pun asalkan serba putih, clean & simple. Cuma yg uniknya dapur kami ni ialah lighting LED sebagai suatu kelainan konon acah² cyber cafe

Ruang dapur kami ni pula bersambung dengan backyard. Sebelum ni dijadikan sebagai tempat mendobi, menyidai baju & simpan barang. Lepas transformasi, backyard ni kami jadikan pantry area buat sementara. InsyaAllah akan di upgrade dari masa ke semasa

Dari Sebuah Dapur Lama Kini Berwajah Baharu

Gambar dibawah ni merupakan gambar wajah bahagian dapur yang lama sebelum transformasi ini dilakukan.

Transformasi Wajah Dapur

Dapur ni dah banyak dah perabot yang rosak. Antaranya ialah bahagian kabinet pintu tu dah banyak yang tercabut, kain alas pun kelihatan lusuh, bahagian dapur banyak permukaan yang kotor.

Bahagian bawah sinki pun dah berkulat.

Transformasi Wajah Dapur

Bahagian ini boleh dikatakan tempat simpan barang dapur dan laundry area.

Bahagian belakang dapur pula ada ruang extra. Sini pun kelihatan tak terurus.

Sebelum transformasi ini dilakukan, lukis dahulu lakaran kabinet yang diidamkan.

Transformasi Wajah Dapur

Proses-proses transformasi wajah dapur ini sedang dijalankan.

Bahagian sinki ini ditukarkan permukaan yang baharu. Nak bagi nampak tebal dan cantik.

Transformasi Wajah Dapur

Kabinet dapur juga dipasang slow-slow. Harap-harap barang dapur tak berterabur dah lepasni.

Transformasi Wajah Dapur

Ruang tingkap ni memang buat yang baharu. Sebelum ni tak ada. Susah tak ada tingkap untuk pengaliran udara yang baik.

Transformasi Wajah Dapur

Hasil Akhir Transformasi Wajah Dapur Yang Dilakukan Ini

Transformasi Wajah Dapur
Transformasi Wajah Dapur
Transformasi Wajah Dapur

Kredit : Zierah D'Fadzr

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down