Rumah kampung kalau tidak diserikan dengan satu dekorasi menarik sudah pasti ianya kelihatan suram dan kurang menarik. Kalau dah suram, mesti nampak tidak begitu ceria.
Jadi, bagi menjadikan ianya kelihatan menarik semula, sedikit perubahan perlu dilakukan mengikut bajet dan kemampuan pemilik rumah tersebut.
Pemilik rumah ini telah menggunakan khidmat pakar dekorasi yang bernama Kuchik Ghazali. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menjadikan rumah kampung ini seperti rumah banglo setelah diubahsuai.
Jadi, jika mahu mengikuti dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Client minta serikan ruang tamu rumah kampungnya ala-ala rumah banglo dengan bajet sederhana sahaja katanya.
Detail mengenai ubahsuai rumah ini:
Bahagian ruang tamu ini sebelum diubahsuai.
Ruang tamu selepas berjaya diubahsuai.
Bahagian ruang makan selepas diubahsuai.
Selepas makeover ruang tamu ini, pemilik rumah ini sekali lagi minta untuk makeover bahagian biliknya pula.
Bahagian bilik ini setelah selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga ianya dapat memberi inspirasi kepada semua pembaca di luar sana. Selamat mendeco.