Setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza. Ada yang pandai dalam membina rumah, membaiki kereta dan sebagainya. Namun, kali ini Giler Deco mahu berkongsi satu bakat yang cukup unik dihasilkan oleh lelaki ini yang bernama Zameer Pentbrush.
Beliau telah berjaya menghasilkan ubahsuai rumah banglo lalu dijadikan mural rumah kampung dengan gaya yang cukup cantik dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang kreatif dan cukup berseni ini.
Cara nak buat rumah kayu save bajet. Tak payah pakai papan dinding, Tak payah pakai papan sera.
Modal rm85 sahaja, cat putih, hitam, coklat dan turpetine saja pun. Tak pandai tak apa tapi rajin.
Keadaan dinding rumah banglo sebelum konsep mural dihasilkan.
Proses dimulakan dengan menghasilkan dinding murah berkonsepkan kayu papan rumah lama.
Kelihatan sangat realistik dan berseni.
Bahagian dinding luar rumah setelah selesai diubahsuai. Kelihatan seperti dinding rumah kayu hasil yang dilakukan ini.
Keadaan pintu rumah setelah diubahsuai.
Bahagian tempat membasuh kaki dengan lukisan tempayan dan selipar jepun.
Kelihatan agak realistik bukan? Padahal ini hanya lukisan sahaja kecuali pemuda dan gayung yang dipegang.
Projek ubahsuai diteruskan lagi dengan mengecat bahagian dinding hadapan rumah pula.
Rupa bahagian hadapan rumah setelah selesai dilakukan ubahsuai.
Bahagian pintu masuk ketika proses ubahsuai dilakukan.
Bahagian pintu masuk setelah selesai diubahsuai.
Konsep mural pada bahagian dapur.
Bahagian jendela rumah.
Bahagian ruang tangga.
Hasil keseluruhan setelah rumah ini selesai diubahsuai.
Itu sahaja perkongsian mengenai deco rumah berkonsepkan lukisan mural pada kali ini. Diharap dapat memberi sumber inspirasi kepada semua pembaca di luar sana.
Semoga bermanfaat.