Bilik belakang seringkali di abaikan oleh pemilik rumah dalam menghasilkan dekorasi pada ruang tersebut. Ada sesetengah pemilik rumah hanya menjadikan bilik belakang tersebut sebagai stor sahaja.
Namun, sudah pasti ada segelintir pemilik rumah yang tidak selesa melihat keadaan bilik sebegitu kekal suram dan tidak menarik walaupun ianya jarang digunakan.
Seperti yang dilakukan oleh lelaki ini yang bernama Safwan Hussin. Beliau nekad menghasilkan ubahsuai bilik belakang lalu dijadikan bilik tetamu dan bilik solat yang cukup menarik.
Jom ikuti dengan lebih lanjut di bawah ini.
Selesai deko bilik belakang yang dijadikan bilik tetamu dan bilik solat berkonsepkan simple sahaja
Keadaan bilik ketiga sebelum dideko.
Cukup susah dan sukar ketika proses menampal dilakukan oleh kerana dinding asal tidak sama dan tak rata.
Ia dilekatkan dengan hanya menggunakan salotape lutsinar sahaja.
Selepas itu, tanggalkan salotep dan bersedia untuk proses mengecat pula.
Beliau sangat bersyukur apabila ada dua insan anugerah dunia akhirat turut serta membantu beliau dalam menghasilkan projek dekorasi pada dinding bawah tersebut.
Biarpun mereka sudah banyak terlajak mengecat hingga ke atas, namun tidak mengapa, anggaplah ia sebagai pengalaman untuk mereka.
Bahagian dinding itu setelah mereka selesai mengecat.
Pandangan dari bahagian pintu masuk.
Keadaan ruang solat setelah selesai diubahsuai.
Pemasangan langsir selesai dilakukan.
Selesai pun projek deko pada kali ini. Sebagai upah, isteri tolongan masakkan maggi dan air milo.
Amacam perkongsian pada kali ini, terinspirasi atau tidak? Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.